Wednesday, February 20, 2008

PRINSIP 12 LANGKAH


Pemulihan Penagihan Semula Dadah Melalui program Kumpulan Rakan Sebaya Pemulihan Penagihan Dadah


LANGKAH PERTAMA

Kami mengaku kami hilang kuasa ke atas dadah sehingga hidup kami menjadi sengsara.
a. Saya ada masalah dengan dadah
b. Dadah secara beransur menyebabkan hidup saya sengsara dan menyebabkan masalah kepada saya.
Saya telah kehilangan daya untuk mengawal penggunaan dadah dan cara yang logik adalah terus berhenti daripada dadah.


PENAFIAN (DENIAL)
Penafian adalah satu makna yang digunakan apabila seseorang klien tidak dapat menerima batas-batas yang ada pada nya. Masalah utama adalah susah untuk menerima kenyataan bahawa beliau mempunyai batas tertentu yang merupakan satu yang pahit untuk diterima. Akibatnya seseorang itu akan merasa marah, risau, malu, sedih atau bersalah. Perasaan ini adalah menyakitkan dan individu itu akan cuba untuk mengelak perasaan ini timbul dan mengelak dari menerima kenyataan batas yang ada pada nya

Beberapa bentuk “penafian”:
a. Tidak mahu menerima kenyataan(Refusing): Menidak masalah dadah yang dihadapi, tidak mengaku kuantiti dadah yang diambil harian, tidak menerima masalah yang ditimbulnya kepada keluarga dan masyarakat dan tidak kerjasama didalam rawatan nya didalam pemulihan.
b. Mengurangkan fakta(minimizing the facts): Mengurangkan kenyataan mengenai masalah-masalah dadah yang dihadapi.
c. Mengelak(Avoiding): tidur dengan banyak, mengurung diri, menjadi penagih kepada rokok, arak dan pil.
d. Memberi gambaran banyaknya orang lain mengguna dadah supay pengunaan beliau boleh diterima sebagai normal.
e. Menyalahkan orang lain(blaming) untuk masalah dadah nya.
f. Menawar (bargaining): cuba untuk mengguna dadah dengan kuantiti kecil.
g. Rationalizing(Menegak benang basah): membuat beberapa penerangan yang menasabah untuk meneruskan penggunaan dadah.

LANGKAH KEDUA

Telah mempercayai adanya kuasa yang lebih dari kita yang dapat memberi kita balik kepada kesedaran.

reaksi dari peserta mengenai langkah diatas:

Bagaimana dadah telah menyebabkan beliau hilang ingatan? Hilang ingatan ini bermakna membuat sesuatu berulang kali walaupun perkara tersebut membahaya dan menyusahkan dirinya dan juga orang lain.

Bagaimana penggunaan dadah telah menyebabkan beliau membuat keputusan tidak menasabah dan meneruskan kegiatan yang merugu dan membahayakan .

Degil dan sombong adalah antara sifat-sifat penagih dadah. Ia boleh berlaku sebelum atau sesudah penagihan.
Dengan cara apakah beliau degil dan sombong?
Bagaiamana ini dapat mencerminkan penafian“denial”?


LANGKAH KETIGA

Mengambil keputusan untuk menukar keinginan dan hidup kita kepada mentaati tuhan dan mengikut segala yang disuruh nya


Langkah ke Tiga adalah “untuk membuka pitu yang berkunci”- pemergian dari “denial” dan menuju kearah penerimaan mereka mempunyai ketagihan dadah.

Apakah ide “turning over” pada klien? Bagaimanakah mereka akan mampu untuk mempercayai orang lain sebulat hati untuk mengikuti nasihat mereka?

Apakah perasaan klien mengenai mempercayai orang lain secara am? Apakah perasaan klien mengenai mempercayai konselor?

Bincang “cult of self-reliance”; bermakna konsep seseorang itu adalah bertanggung jawap atas segala perbuatannya berbanding dengan konsep terpaksa bergantung kepada orang lain untuk mencapai kehendaknya. Konsep NA adalah berasaskan “interdependence” iaini konsep perlu bergantung kepada orang lain dari segi mengelak relapse.

Apakah masalah utama untuk mengikuti nasihat orang lain dan menyerah diri kepada tuhan?


LANGKAH KEEMPAT

“Mencari sendiri masalah moral saya sendiri (moral Inventories)”


LANGKAH KELIMA

“Mengaku kepada tuhan, diri sendiri dan juga kepada ehsan lain; kesemua kesalahan yang kita lakukan”.

Cari apakah maknanya langkah ke4 dan ke 5 daripada klien.? Terangkan makna sebenarnya adalah membukakan masalah kelakuan peribadi(character defect) yang ada pada klien. “Character defect” ini akan menjadi lebih ketara apabila mereka menagih dadah dan menyebabkan mereka membuat perkara-perkara yang menyalahi moral dan ugama.

Antara sifat/peribadi negatif “character defect” ini adalah
Cemburu Tamak kedekut
Jealous Greed selfishness

Tindakan memburu Bangga diri sendiri Sombong
Impulsiveness Grandiosity Arrogance

Kesian diri sendiri zalim perasaan dendam
Self-pity meanness resentment

“Character defect” diatas mungkin bermula sebelum mula menagih atau semasa menagih. Sifat-sifat kelakuan ini akan menjadi kekal jika berada didalam mereka untuk jangka masa yang lama. Oleh itu adalah penting untuk klien sedar mengenai “character defect ini supaya beliau dapat mengubah nya.

Cuba klien cari contoh character defect yang beliau alami dan bagaimana orang lain telah disakiti oleh perbuatan mereka.

Setelah meninjau character defect klien, adalah penting untuk meninjau sifat-sifat positif klien.(After discussion patient’s defect; focus on his positive character)

Anatara sifat-sifat positif klien adalah;
Murah hati hero Sedekah
Generosity Heroism Charity

Menolong Baik hati Rendah diri
Altruism Kindness Humility

Cinta Berkongsi Bertimbang-rasa
Love Sharing Compassion

Sebelum berakhir sessi ini, cuba klien memberi contoh sifat positif ini yang klien alami.

“Easy does it”: Perlu mengelak daripada cuba menyelesai terlalu banyak masalah serentak. Klien perlu menyuarakan masalah dan keluhan yang mereka hadapi. Adalah perlu menyelesaikan masalah yang senang dan kemudian maslah yang lebih susah apabila telah berjaya pada peringkat yang senang.

“First thing first”: Perkara yang paling utama adalah bersih dari dadah. Tidak ada apa yang lebih penting didalam kehidupan mereka dari perkara ini. Ini adalah kerana kebanyakan penagih yang memasuki rawatan dadah mempunyai masalah yang bertimbun-timbun. Jika mereka tidak focus kepada bersih dari dadah, perkara lain akan makin bertimbun. Oleh itu jika keinginan untuk bersih dari dadah, klien perlu sanggup membuat apa saja untuk mencapai matlamat ini.

Ini memerlukan kerja yang banyak kerana kita semua memasuki ke program ini dengan pemikiran lama dan cara kelakuan lama, yang mana kita perlu unutk sentiasa berkerja setiap langkah untuk menukar diri kita. Kita perlu mengelak daripada “perbalahan yang menyebab kemarahan dan cepat mengkritik”. Mengelak perbalahan ini akan memecahkan pernagai lama kita dan kita akan mula memahami bahawa kita ada pilihan didalam banyak situasi.

LANGKAH KEENAM

Adalah bersedia untuk TUHAN mengeluarkan semua “character defect” kami.
Prinsip langkah ini adalah “sanggup menerima”

LANGKAH KETUJUH

Dengan rendah diri meminta TUHAN mengeluarkan kelemahan kami.
Prinsip langkah ini adalah “rendah diri”(HUMILITY)

LANGKAH KE LAPAN

Mengadakan senarai semua orang yang kita sudah menganggu, dan bersedia untuk memperbetulkan perhubungan kita dengan mereka.
Prinsip langkah ini adalah “DISIPLIN”

LANGKAH KESEMBILAN

Meminta kemaafan dan menebus balik kesalahan kita dengan secara langsung dengan orang yang kita telah buat salah, melainkan dengan cara ini kita boleh lebih melukakan mereka.
Prinsip langkah ini adalah “Meminta Maaf”


LANGKAH KESEPULUH

Meneruskan melihat kesalahan diri sendiri dan apabila kita bersalah perlu untuk mengaku kesalahan kita.
Prinsip langkah ini adalah “Penerimaan”

LANGKAH KESEBELAS

Merapat diri kepada TUHAN dengan berdoa dan sembahyang; dengan tujuan untuk tunduk kepada NYA dan kuasa untuk melakukan ibadah ini.
Prinsip langkah ini adalah “KESEDARAN”


LANGKAH KE DUA BELAS

Mendapat kesedaran daripada langkah-langkah ini dan kami cuba untuk membawa pesanan ini kepada penagih-penagih lain dan mempratikkan prnsip-prinsip ini didalam semua aspek hidup kami.

Prinsip langkah ini adalah “MEMBERI PERKHIDMATAN”

2 comments:

Pusat Rawatan Pakar Dr Mahmud Klang said...

PUSAT RAWATAN PAKAR UNTUK KETAGIHAN OPIATE : HEROINE, MORPHINE, CODEIN (UBAT BATUK), DAUN KETUM PIL-PIL KHAYAL : ERAMINE 5, DOMICUM, EXTACY, PIL KUDA, WY KETAMINE ,ICE ATAU SYABU, GANJA, ROKOK DAN ALKOHOL
http://rawatanbebasdadah.blogspot.com/
View my complete profile

Shawn Raphael said...
This comment has been removed by the author.