Pusat Pemulihan Dadah di Malaysia, dimana silapnya?

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2016/07/01/tujuh-penghuni-ditahan-edar-dadah/

Pusat pemulihan dadah di Malaysia kebanyakannya dikendalikan oleh jabatan kerajaan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).  Sememangnya usaha untuk merawat pulih seorang manusia adalah satu tugas yang amat mencabar dan sukar sekiranya individu berkenaan sememangnya tiada keinginan untuk berubah. Apa yang dilalui di pusat pemulihan hanyalah sekadar hukuman sementara yang terpaksa dilalui sehingga tamat tempoh yang telah ditetapkan. Membetulkan seorang penagih dadah bukan seperti merawat penyakit yang lain kerana ianya melibatkan tingkahlaku dan tabiat manusia yang telah sebati dalam diri mungkin bertahun lamanya. Untuk mengubah manusia menjadi baik dalam tempoh beberapa bulan ke setahun sememangnya adalah suatu yang mustahil melainkan individu itu sendiri yang ingin mengubah dirinya.

Berbalik kepada keratan berita di atas, di mana silapnya? Pelbagai faktor yang boleh dikaitkan malah salah satu yang berkemungkinan adalah disebabkan oleh integriti warga kerja pusat berkenaan. Namun kita tidak boleh menyalahkan 100% kepada pengurusan pusat berkenaan tetapi kita perlu melihat kepada polisi dan pendekatan yang digunakan serta keberkesanan program di dalam pusat pemulihan kelolaan kerajaan. Jika dibandingkan dengan negara luar, pada suatu masa dahulu Malaysia merupakan negara yang sering dijadikan contoh oleh negara ASEAN dalam perlaksanaan terbaik dalam pemulihan dadah. Namun setelah hampir 40 tahun pendekatan AADK masih pada takuk lama sebagaimana 40 tahun dahulu berbanding negara seperti Thailand, Indonesia, Brunei yang kelihatannya telah bergerak lebih jauh meninggalkan kita dengan pendekatan yang terkini dan fasiliti yang lebih moden. Pusat pemulihan dadah diletak dibawah kendalian kementerian Kesihatan negara masing-masing memandangkan dunia melalui WHO meletakkan penagih dadah sebagai pesakit dan bukannya penjenayah berbanding di Malaysia yang masih meletakkan ia di bawah Kementerian Dalam Negeri...

Akan bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Pusat Pemulihan Dadah Swasta atau Persendirian di Malaysia

PRINSIP 12 LANGKAH

TC di PUSPEN