Posts

Showing posts from February, 2008

PRINSIP 12 LANGKAH

Image
Pemulihan Penagihan Semula Dadah Melalui program Kumpulan Rakan Sebaya Pemulihan Penagihan Dadah LANGKAH PERTAMA Kami mengaku kami hilang kuasa ke atas dadah sehingga hidup kami menjadi sengsara. a. Saya ada masalah dengan dadah b. Dadah secara beransur menyebabkan hidup saya sengsara dan menyebabkan masalah kepada saya. Saya telah kehilangan daya untuk mengawal penggunaan dadah dan cara yang logik adalah terus berhenti daripada dadah. PENAFIAN (DENIAL) Penafian adalah satu makna yang digunakan apabila seseorang klien tidak dapat menerima batas-batas yang ada pada nya. Masalah utama adalah susah untuk menerima kenyataan bahawa beliau mempunyai batas tertentu yang merupakan satu yang pahit untuk diterima. Akibatnya seseorang itu akan merasa marah, risau, malu, sedih atau bersalah. Perasaan ini adalah menyakitkan dan individu itu akan cuba untuk mengelak perasaan ini timbul dan mengelak dari menerima kenyataan batas yang ada pada nya Beberapa bentuk “penafian”: a. Tidak mahu menerima ken