Posts

Showing posts from January, 2016

Senarai Filem Berkaitan Penagihan dan Kepulihan (2)

Image
Sambungan kepada post sebelum ini berkaitan filem mengenai masalah penagihan bahan (dadah dan alkohol) serta   pemulihan dadah.  Amaran khusus sekali lagi kepada semua bahawa beberapa gambaran dalam filem ini amat grafik dan boleh menjadi potensi  penyebab kepada relapse .  Cuba elakkan sekiranya anda tidak mempunyai kekuatan atau masih baru dalam kepulihan atau disyorkan menonton dengan  bimbingan atau sokongan ahli keluarga atau rakan yang telah pulih. Drugstore cowboy (1989) Mengisahkan tentang Bob Hughes (Matt Dillon) dan sekumpulan penagih dadah  yang mengembara ke seluruh Amerika Syarikat pada tahun 1971, bertujuan untuk merompak farmasi dan hospital bagi melepaskan gian kepada penagihan.   Selepas satu tragedi menimpa kumpulan berkenaan, Bob memutuskan untuk cuba untuk "berhenti", namun mendapati bukan mudah untuk dirinya mengubah gaya hidupnya berbanding berhenti dari menagih dadah. Everything Must Go (2010) Jurujual Nick Halsey (Will F

Pusat Pemulihan Dadah Swasta atau Persendirian di Malaysia

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan kepada masalah penagihan dadah, persoalan dimanakah tempat atau pusat pemulihan yang saya boleh pergi seringkali menjadi pertanyaan biasa oleh mereka yang terlibat mahupun oleh ahli keluarga mereka. Kesukaran mencari tempat pemulihan akan menyebabkan keinginan atau motivasi untuk merawat masalah penagihan menjadi terbantut dan lama-kelamaan akan hilang. Di Malaysia, kerajaan Malaysia menawarkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah di pusat-pusat pemulihan (CCRC dan Klinik C&C 1Malaysia) dibawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) secara percuma diseluruh negara. Maklumat berkaitan pusat-pusat ini boleh diperolehi dengan melayari laman web AADK (www.adk.gov.my). Bagi yang ingin mendapatkan rawatan selain dari pusat kelolaan AADK, sebagai alternatif terdapat banyak NGO yang mengendalikan pusat pemulihan dadah persendirian (PPDP) di seluruh negara. Kebanyakan pusat kelolaan NGO ini adalah berteraskan kepada keagamaan seperti gereja dan