5 CABARAN UTAMA KEPULIHAN PENAGIHAN DADAH

Setiap orang yang ingin cuba untuk berhenti menggunakan dadah akan berhadapan dengan situasi kesukaran untuk mengekalkan kepulihan.   Berikut merupakan antara situasi yang biasa dihadapi oleh seseorang individu yang ingin berhenti dari menagih dan cadangan untuk mengatasi stiuasi berkenaan. Diharap maklumat ini dapat membantu dalam membuat persediaan ke arah proses kepulihan.

Cabaran- cabaran 

 Cadangan Mengatasi
Kawan dan Rakan-rakan yang menagih
Anda ingin meneruskan hubungan dengan rakan lama atau rakan yang menggunakan dadah 
  • Cuba untuk dapatkan rakan baru di perjumpaan 12–Langkah atau sokong bantu
  • Sertai aktiviti atau hobi  baru yang dapat meningkatkan sosial dengan rakan baru 
  • Rancang aktiviti dengan rakan yang telah pulih atau ahli keluarga

Marah dan emosi
Peristiwa kecil yang menimbulkan perasaan marah dan fikiran anda sering dipenuhi dengan perasaan marah berkenaan akan mudah untuk mendorong relapse

  • Ingatkan diri anda bahawa kepulihan melibatkan pemulihan tindak balas kimia pada otak. Emosi yang kuat dan tidak di jangka merupakan sebahagian daripada kepulihan.
  • Lakukan senaman
  • Bercakap dengan kaunselor atau rakan sokongan.   

Dadah di rumah
Anda  membuat keputusan untuk berhenti menggunakan tetapi mereka yang berada di dalam rumah anda masih menggunakannya
  • Buang semua dadah dan alkohol
  • Halang mereka daripada menggunakan dan minum di  dalam rumah.
  • Jika ianya masih berterusan, fikirkan untuk berpindah dari rumah berkenaan.


Bosan , Kesunyian
Berhenti menggunakan dadah  kadangkala bermakna aktiviti yang biasa anda lakukan serta rakan lama yang memberikan keseronokan perlu dijauhi.
  • Letakkan aktiviti baru dalam jadual anda.
  • Kembali kepada aktiviti yang menyeronokkan sebelum anda terlibat dengan ketagihan.
  • Bina hubungan dengan rakan baru di Perjumpaan  12- Langkah atau sokong bantu.

Majlis Istimewa
Parti, makan malam, perjumpaan perniagaan dan bercuti tanpa menggunakan dadah adalah amat sukar
  • Bersedia dengan jawapan sekiranya ditawarkan untuk menggunakan dadah atau alkohol
  • Mula tradisi meraikan kejayaan dalam kepulihan
  • Gunakan kenderaan anda sendiri untuk pergi dan balik dari sesuatu majlis
  • Tinggalkan majlis berkenaan sekiranya anda rasa tidak selesa.

Comments

Popular posts from this blog

Pusat Pemulihan Dadah Swasta atau Persendirian di Malaysia

PRINSIP 12 LANGKAH

Apa itu Co-Dependency?