Apa itu Co-Dependency?


Seorang wanita dibawa polis ke mahkamah atas kesalahan membawa masuk heroin yang dibalut dalam gulungan tembakau untuk diserahkan kepada anaknya yang menghadapi pertuduhan memiliki dadah di dalam galeri awam Mahkamah Majistret di Balik Pulau, Pulau Pinang,.

BALIK PULAU 18 April - Seorang ibu mempamerkan kasih sa­yang tidak bertempat terhadap anaknya selepas tergamak menyeludup dadah untuk lelaki itu di dalam galeri awam Mahkamah Majistret Balik Pulau, di sini semalam.
Dadah jenis heroin seberat 9.4 gram itu dibalut di dalam gulungan tembakau dan dibungkus di dalam plastik hitam sebelum diserahkan kepada anaknya yang baru sahaja dijatuhkan hukuman atas pertuduhan memiliki dadah.
Perbuatan wanita berusia 56 tahun itu disedari seorang anggota polis yang mengiringi anaknya turun dari kandang tertuduh ke lokap sementara mahkamah di aras bawah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Nor Salawati Saad berkata, dadah itu diberikan wanita tersebut kepada anaknya yang kemudiannya menyerahkan bungkusan itu kepada seorang lagi tahanan lain pada kira-kira pukul 11.15 pagi.
"Wanita itu yang berada di galeri awam tiba-tiba meluru ke arah anaknya dan menghulurkan bungkusan berisi dadah tersebut. Dia kemudian ditahan oleh anggota polis yang mengiringi anaknya,' katanya dalam sidang akhbar di IPD Barat Daya, di sini hari ini.
Menurut Norsalawati, wanita itu ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau se­umur hidup dan sebatan tidak kurang 10 kali jika sabit kesalahan.
Katanya, anak suspek pula ber­ada di mahkamah kerana menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) ADB dan dikenakan penjara sembilan bulan.

Keratan akhbar di atas merupakan salah satu contoh Co-dependency melibatkan ibu kepada seorang penagih dadah.

Apa itu Codependency?
Ia merupakan tingkahlaku yang dipelajari dan diperturunkan dari satu generasi ke generasi lain.Kewujudannya menjejaskan keupayaan individu untuk mempunyai hubungan yang sihat dan normal. Co-dependency juga dikenali sebagaiketagihan perhubungan” dimana ianya akan membentuk hubungan yang dimainkan oleh sebelah pihak dan bersifat kemusnahan dan merosakkan. Kecelaruan ini dikenalpasti  lebih kurang 10 tahun dahulu hasil dari kajian pemerhatian jangka panjang terhadap hubungan interpersonal keluarga penagih alkoholTingkahlaku co-dependent dipelajari  dengan memerhati dan meniru keluarga lain yang menunjukkan jenis tingkahlaku yang sama.

Siapa sebagai Co-dependency? 
Biasanya berlaku keatas pasangan, ibubapa, adik beradik, kawan atau rakan sekerja kepada seorang penagih dadah atau alkohol. Ciri yang sama dilihat pada mereka yang mempunyai hubungan dengan mereka mempunyai penyakit mental. Kini, definisi co-dependency adalah lebih luas merujuk kepada mana-mana individu dari keluarga yang bermasalah.

Co-dependent merujuk kepada keluarga yang menafikan terdapat masalah dalam keluarga. Mereka membentuk tingkahlaku yang membantu mereka untuk tidak merasai kesukaran dalam melakukan perbuatan negatif. Mereka mengasingkan diri antara ahli keluarga. Biasanya perasaan ahli keluarga dipendam dari merasai apa-apa perasaan.Tumpuan dan tenaga difokuskan kepada ahli keluarga yang menagih dadah atau alkoholMereka yang co-dependent biasanya mengorbankan keperluan diri sendiri untuk melindungi ahli keluarga yang sakit atau terlibat dengan penagihan.

Bagaimana co-dependent bertingkahlaku? 
Ahli keluarga yang mempunyai keyakinan diri yang rendah  akan mencari sesuatu diluar diri mereka untuk merasa gembiraMereka mempunyai niat yang baik untuk melindungi mereka yang bermasalah tetapi niat berkenaan menjadi sesuatu yang negatif sekiranya keterlaluan cth:

  • Seorang isteri melindungi suami yang kaki mabuk;
  • Ibu mereka alasan terhadap anaknya ponteng sekolah; atau
  • Seorang bapa membela atau tidak menghukum anak yang melakukan kesalahan atau nakal.
Tingkahlaku dilakukan secara berulangkali akan menyebabkan masalah yang dihadapi seperti penagihan menjadi lebih teruk.


Ciri-ciri Individu Co-Dependent
  1. Perasaan ambil berat yang melampau terhadap tingkahlaku orang lain.
  2. Keliru antara peraan sayang dan kasihan dengan sayang kepada orang yang mereka kasihan dan perlu diselamatkan.
  3. Cenderung untuk melakukan sesuatu lebih dari kemampuan sepanjang masa
  4. Cenderung untuk merasa kecewa apabila orang tidak nampak usaha mereka
  5. Kebergantungan tidak sihat kepada perhubungan . Co-dependent akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan suatu perhubungan bagi mengelakkan perasaan ditinggalkan
  6. Keperluan yang ekstrem untuk diterima
  7. Rasa bersalah sekiranya bertindak asertif
  8. Keperluan tinggi untuk mengawal orang lain
  9. Kurang mempercayai diri dan/ atau orang lain
  10. Takut ditinggalkan atau tinggal bersendirian
  11. Sukar kenalpasti perasaan
  12. Rigid/ sukar menyesuaikan diri kepada perubahan
  13. Masalah dalam membezakan intimasi/ sempadan
  14. Kemarahan kronik
  15. Menipu/ tidak jujur
  16. Lemah dalam berkomunikasi
  17. Sukar membuat keputusan

Soalselidik Bagi Mengenalpasti Co-dependency


  1. Adakah anda berdiam diri untuk mengelakkan pertengkaran?
  2. Adakah anda selalu bimbang terhadap pandangan orang lain terhadap diri anda?
  3. Adakah anda pernah tinggal dengan sesiapa yang mempunyai masalah dadah atau alkohol?
  4. Pernahkah anda tinggal dengan orang yang sering memukul atau memperkecilkan anda?
  5. Adakah pandangan orang lain lebih penting dari pandangan anda sendiri?
  6. Adakah anda mempunyai kesukaran menyesuaikan diri kepada perubahan di rumah atau tempat kerja?
  7. Adakah anda rasa seperti ditinggalkan sekiranya significant others meluang masa dengan orang lain?
  8. Adakah anda merasa sangsi kemampuan anda menjadi sesiapa sahaja yang anda mahu?
  9. Adakah anda merasa tidak selesa meluahkan perasaan sebenar anda kepada orang lain?
  10. Pernahkah anda rasa tidak mencukupi?
  11. Adakah anda rasa seperti seorang yang jahat apabila anda melakukan kesilapan?
  12. Adakah anda sukar menerima pujian atau hadiah dari orang lain?
  13. Adakah anda merasa seperti dimalukan apabila anak atau pasangan anda melakukan kesalahan?
  14. Adakah anda merasakan bahawa keluarga anda akan jatuh tanpa usaha berterusan dari anda?
  15. Adakah anda kerap mengharapkan seseorang untuk membantu anda menyelesaikan semua tugas?
  16. Adakah anda mempunyai kesukaran bercakap dengan orang yang mempunyai kuasa seperti polis atau bos anda?
  17. Adakah anda keliru tentang siapa diri anda atau ke mana anda pergi dalam kehidupan anda?
  18. Adakah anda sukar mengatakantidakapabila orang lain meminta pertolongan?
  19. Adakah anda mempunyai masalah untuk meminta pertolongan?
  20. Adakah anda melakukan banyak perkara pada satu masa sehingga semuanya anda gagal untuk selesaikan?

Bagaimana Merawat Co-dependent?


Ahli keluarga atau significant others perlu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang isu penagihan dan kepulihan. Mereka perlu belajar untuk menyusun semula kehidupan melalui perkongsian pengalaman, kekuatan dan harapan berpandukan pengisian dalam program kelompok sokong bantu. Kelompok sokong bantu berkaitan masalah ini akan memberikan pendedahan kepada rintangan dalam proses kepulihan serta masalah kehidupan sebenar yang akan dihadapi di dalam sistem kekeluargaan dan masyarakat (biopsikososial dan ekonomi).

Antara program dan aktiviti yang boleh diikuti untuk merawat masalah ini antaranya seperti;
  • Ceramah
  • Mewujudkan Kumpulan Sokong Bantu
  • Mewujudkan Family Association (FA)/ Family Anonymous
  • Mewujudkan Program Bersama Komuniti
  • Kursus / Bengkel / Seminar
  • Usrah, Program Keagamaan (Kuliah, tazkirah dsb)
  • Co-dependent Anonymous (CoDA)

Comments

Popular posts from this blog

Pusat Pemulihan Dadah Swasta atau Persendirian di Malaysia

PRINSIP 12 LANGKAH