Posts

Showing posts from April, 2015

Ibogaine - Rawatan alternatif penagihan dadah

Image
Ibogaine yang telah di ekstrak Ibogaine adalah satu rawatan alternatif yang diakui sebagai rawatan yang boleh mengurangkan gejala penolakan(withdrawal) dadah dan mungkin mempunyai keupayaan untuk mengganggu laluan lazim tingkahlaku penagihan yang berlaku di dalam otak. Dos besar ibogaine telah dibuktikan mampu untuk menghilangkan  keinginan sementara terhadap sesuatu bahan atau dadah. Pokok Iboga Kayu Iboga Ibogaine adalah kimia aktif yang berada di dalam  akar pokok Tabernanthe Iboga. Ianya digunakan dalam upacara tradisi dan ritual keagamaan di Barat Afrika Bwiti. Akarnya mempunyai kualiti dan kesan Psychedelic yang kuat dan tahan lama, termasuk halusinasi yang teruk dan disebabkan oleh itu ianya menjadi satu bahan yang diharamkan oleh kebanyakan negara di dunia termasuk di Amerika Syarikat. Walaupun begitu Iboga tidak popular untuk digunakan sebagai bahan rekreasi kerana ianya tidak mempunyai kebolehan untuk menyebabkan seseorang itu ketagih akibat pengamb