Ibogaine - Rawatan alternatif penagihan dadah



Ibogaine yang telah di ekstrak

Ibogaine adalah satu rawatan alternatif yang diakui sebagai rawatan yang boleh mengurangkan gejala penolakan(withdrawal) dadah dan mungkin mempunyai keupayaan untuk mengganggu laluan lazim tingkahlaku penagihan yang berlaku di dalam otak. Dos besar ibogaine telah dibuktikan mampu untuk menghilangkan  keinginan sementara terhadap sesuatu bahan atau dadah.


Pokok Iboga


Kayu Iboga

Ibogaine adalah kimia aktif yang berada di dalam  akar pokok Tabernanthe Iboga. Ianya digunakan dalam upacara tradisi dan ritual keagamaan di Barat Afrika Bwiti. Akarnya mempunyai kualiti dan kesan Psychedelic yang kuat dan tahan lama, termasuk halusinasi yang teruk dan disebabkan oleh itu ianya menjadi satu bahan yang diharamkan oleh kebanyakan negara di dunia termasuk di Amerika Syarikat. Walaupun begitu Iboga tidak popular untuk digunakan sebagai bahan rekreasi kerana ianya tidak mempunyai kebolehan untuk menyebabkan seseorang itu ketagih akibat pengambilannya.

Kaum Bwiti di Afrika

Ibogaine telah didapati mempunyai manfaat terapeutik untuk individu yang menderita akibat pengambilan methamphetamine, alkohol atau ketagihan kokain serta  gangguan obsesif kompulsif. Penyokong ibogaine mencadangkan bahawa rawatan Ibogaine mempunyai kadar kejayaan yang tinggi iaitu antara 80 peratus terhadap pengguna opiate.

Ibogaine mempunyai manfaat untuk merawat ketagihan kerana cara ia bertindak pada sistem reseptor iaitu dengan menetapkan semula laluan dopamin di dalam otak yang boleh membantu untuk menghentikan tingkahlaku pelaziman akibat pengambilan dadah. Ia juga dipercayai bahawa ia mampu menukar corak pemikiran yang biasanya dialami oleh seorang penagih dan mengembalikan tahap normal neurochemistry di dalam otak. Selain itu, kualiti psychedelic yang kuat bahan berkenaan dapat membantu individu yang mempunyai kebimbangan psikologi akibat penyalahgunaan dadah mereka.

Oleh kerana ibogaine adalah satu rawatan eksperimen, ia tidak boleh digunakan kecuali oleh ahli terapi yang  diluluskan. Ia perlu diambil dengan berhati-hati dan hanya ditadbirkan di bawah penyeliaan perubatan yang ketat. Tidak banyak pusat-pusat rawatan ibogaine diluluskan di dunia. Terdapat beberapa pusat rawatan yang ditubuhkan antaranya di Mexico, Australia, beberapa bahagian Eropah serta beberapa bahagian di Asia seperti di Thailand. Anggaran menunjukkan bahawa rawatan menggunakan Ibogaine mempunyai kadar kematian sebanyak 1 dalam 300 orang yang mengikutinya. Penilaian perubatan yang menyeluruh perlu sentiasa dilakukan sebelum rawatan bersama-sama dengan penilaian psikiatri. Individu yang mempunyai masalah jantung, tekanan darah tinggi, mempunyai risiko strok atau aneurisme, mempunyai masalah hati atau buah pinggang atau penyakit hipoglisemia dilarang mengikuti rawatan ini. Selain itu, individu yang mempunyai sejarah kecelaruan psikologi harus mengelakkan dari menggunakan bahan ini.

Ibogaine mempunyai beberapa kesan sampingan yang serius. Ini termasuk rasa loya yang teruk, muntah, kebas kulit, halusinasi visual dan auditori yang ekstrem dan boleh bertahan sehingga 20 jam pada satu-satu dos. Kebanyakkan pengguna tidak boleh bergerak semasa pengambilan dan akan sentiasa berasa mengantuk dan tidur selama beberapa hari selepas pengambilan. Apabila di bawah pengaruh, individu mungkin mempunyai kebimbangan, ketidakselesaan fizikal dan gangguan emosi yang dahsyat.

Di Malaysia, masih kurang kajian yang dijalankan tentang kebaikan dan keburukan penggunaan ibogaine dalam merawat pulih penagihan dadah. Walaupun kebanyakan testimoni menunjukkan kesan yang positif  dalam memulihkan individu yang terlibat dengan penagihan namun disebabkan oleh kesan-kesan sampingan dari bahan berkenaan sehingga boleh membawa maut menyebabkan ianya perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi. Ibogaine mungkin boleh memberikan kelegaan dan penawar bagi sesetengah orang, tetapi tidak semua.

Video berkaitan rawatan penagihan menggunakan Ibogaine  - Detox or Die



Comments

Mahesh said…
Where to buy iboga... How to purchase
Unknown said…
Di Malaysia hanya guna methadone, ketagihan methadone juga meningkat. Ibogaine mgkin boleh menyebabkan kematian jika terlebih dos. lagipun ibogaine hanya terdapat di Afrika,..Malaysia mempunyai tumbuhan psilocybin yg kesan hmpir sama dengan ibogaine, malah lebih selamat. tapi kenapa tidak di kaji??

Popular posts from this blog

Pusat Pemulihan Dadah Swasta atau Persendirian di Malaysia

PRINSIP 12 LANGKAH

TC di PUSPEN