Pusat Pemulihan Dadah di Malaysia, dimana silapnya?
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2016/07/01/tujuh-penghuni-ditahan-edar-dadah/ Pusat pemulihan dadah di Malaysia kebanyakannya dikendalikan oleh jabatan kerajaan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Sememangnya usaha untuk merawat pulih seorang manusia adalah satu tugas yang amat mencabar dan sukar sekiranya individu berkenaan sememangnya tiada keinginan untuk berubah. Apa yang dilalui di pusat pemulihan hanyalah sekadar hukuman sementara yang terpaksa dilalui sehingga tamat tempoh yang telah ditetapkan. Membetulkan seorang penagih dadah bukan seperti merawat penyakit yang lain kerana ianya melibatkan tingkahlaku dan tabiat manusia yang telah sebati dalam diri mungkin bertahun lamanya. Untuk mengubah manusia menjadi baik dalam tempoh beberapa bulan ke setahun sememangnya adalah suatu yang mustahil melainkan individu itu sendiri yang ingin mengubah dirinya. Berbalik kepada keratan berita di atas, di mana silapnya? Pelbagai faktor yang boleh dikaitkan malah salah