Posts

Showing posts from March, 2016

Ganja dihalalkan?

Image
Berdebat dengan golongan yang pro kepada usaha untuk menghalalkan penggunaan ganja adalah suatu yang amat sukar terutama apabila ianya dilakukan di media sosial. Penulis sendiri pernah berpengalaman untuk cuba menyampaikan isu dan persoalan bagi menolak fakta disampaikan namun golongan-golongan ini yang mempunyai bilangan pengikut yang agak ramai (mereka yang menentang lebih gemar untuk mendiamkan diri) sering mengherdik, mengecam dan menggunakan perkataan kesat dalam memberikan justifikasi bagi menegakkan kepercayaan mereka. Sekiranya hujah mereka berjaya dipatahkan, golongan ini akan menggunakan cara provokasi menggunakan makian dan cercaan kepada individu yang mempertikaikan usaha mereka.  Dalam tugas penulis sebagai pegawai pemulihan, pernah satu ketika penulis berhadapan dengan salah seorang pelatih yang bersungguh menyatakan bahawa ganja itu tidak mengkhayalkan dan tidak menjejaskan dirinya malah membuatkan dirinya lebih hebat dan mampu untuk berfikir lebih baik berband

Ganja, Cannabinoids Dan Kanser - Bukti Setakat Ini

Image
Sejak akhir-akhir ini heboh diperkatakan dimedia-media sosial tentang cadangan untuk menghalalkan penggunaan ganja di Malaysia yang dicadangkan oleh seorang Ahli Parlimen Belia di negara ini. Terdapat pandangan yang menolak namun ada juga segelintir yang menyokong usaha ini. Rata-rata yang menyokong adalah dari kalangan remaja dan belia. Pelbagai alasan digunakan bagi menjustifikasikan pandangan mereka dan alasan yang paling banyak digunakan adalah ianya mempunyai potensi untuk tujuan perubatan terutama dalam merawat kanser. Memandangkan kurangnya kajian yang dijalankan di Malaysia tentang perkara ini, penulis telah membuat penyelidikan sendiri menggunakan internet dan menemui satu post internet yang terperinci dalam menjawab isu penggunaan ganja dalam merawat kanser. Penulis telah mengambil inisiatif untuk menterjemahkan artikel berkenaan supaya setiap yang membacanya dapat menilai sendiri penggunaan ganja dalam merawat kanser. Penghargaan kepada Cancer Research UK atas artikel y