Posts

Showing posts from July, 2014

Apa itu Co-Dependency?

Image
Seorang wanita dibawa polis ke mahkamah atas kesalahan membawa masuk heroin yang dibalut dalam gulungan tembakau untuk diserahkan kepada anaknya yang menghadapi pertuduhan memiliki dadah di dalam galeri awam Mahkamah Majistret di Balik Pulau, Pulau Pinang,. BALIK PULAU 18 April - Seorang ibu mempamerkan kasih sa­yang tidak bertempat terhadap anaknya selepas tergamak menyeludup dadah untuk lelaki itu di dalam galeri awam Mahkamah Majistret Balik Pulau, di sini semalam. Dadah jenis heroin seberat 9.4 gram itu dibalut di dalam gulungan tembakau dan dibungkus di dalam plastik hitam sebelum diserahkan kepada anaknya yang baru sahaja dijatuhkan hukuman atas pertuduhan memiliki dadah. Perbuatan wanita berusia 56 tahun itu disedari seorang anggota polis yang mengiringi anaknya turun dari kandang tertuduh ke lokap sementara mahkamah di aras bawah. Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Nor Salawati Saad berkata, dadah itu diberikan wanita tersebut kepada ana