1. Definisi Therapeutic Community (TC) Terapi Kekeluargaan adalah satu proses sosialisasi untuk menolong penghuni menerima semula realiti dan dapat mengubah tingkahlaku atau sikap ahli dalam kumpulan dan komuniti secara keseluruhannya. Proses menolong ini boleh dilakukan secara individu dan juga berkelompok. Walau bagaimanapun cara berkelompok adalah lebih berkesan kerana ia menggerakkan setiap individu untuk berubah, menerima, bertolak ansur dan sebagainya. Suasana pemulihan yang kondusif yang lahir daripada sistem dan elemen kekeluargaan terbukti banyak membantu mempercepatkan proses perubahan dan kepulihan di kalangan pengguna dadah. 2. Objektif TC a) Merawat dan memulihkan pengguna dadah supaya bebas dari pergantungan fizikal dan psikologikal terhadap dadah. b) Membawa perubahan nilai, sikap, tingkahlaku dan menstrukturkan semula personaliti pengguna dadah sesuai dengan tuntutan agama dan norma masyarakat. c) Membantu pengguna dadah membina dan mengamalkan gaya hidup sihat. d) Men
Comments