Posts

Showing posts from October, 2014

Perangkap Komunikasi Dalam Kepulihan

PERANGKAP KOMUNIKASI Mengapakah apa yang diungkapkan itu penting? Apakah yang akan berlaku sekiranya sesuatu itu diungkapkan dengan cara berbeza? Bagaimanakah kemungkinan pendengar menerima mesej yang berbeza daripada yang diperkatakan? Individu yang berada di dalam keluarga yang berhadapan dengan masalah penagihan  seringkali merasa bersalah, marah, terluka dan rendah diri. Perasaan ini akan memberi kesan yang serius kepada komunikasi antara ahli keluarga. Corak interaksi yang negatif sering datang secara tiba-tiba. Mengubah corak interaksi ini adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan di dalam keluarga. Sukar untuk individu mengakui kesalahan, merasa bertanggungjawab terhadap perasaan orang lain dan berlaku jujur antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, memahami bahawa komunikasi positif boleh dipelajari merupakan langkah pertama  yang penting dalam memperbaiki hubungan kekeluargaan. Untuk mempelajari cara sebenar untuk berkomunikasi dan mengelakkan saling menyalah dan

Rawatan dan Pemulihan Dadah di Thailand (Thanyarak Institute)

Image
Pada 25 hingga 5 September yang lepas penulis telah diberikan kesempatan untuk menghadiri sebuah kursus bersama delegasi dari 9 buah negara ASEAN yang lain ke Thanyarak Institute, Thailand. Pertama kali menjejakkan kaki di pusat pemulihan ini, penulis amat kagum dalam usaha kerajaan Thailand dalam membantu merawat pulih penagih dadah di negara mereka. Sememangnya kesungguhan yang ditunjukkan, menggambarkan betapa mereka benar-benar ingin membantu klien mereka untuk kembali pulih sebagai individu normal. Kenapa saya katakan mereka lebih serius berbanding negara kita? Ini boleh dilihat dari segi peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan mereka untuk melaksanakan rawatan dan pemulihan dadah. Saya tidak mempunyai jumlah yang tepat peruntukan yang diperolehi tetapi melalui pemerhatian terhadap pusat pemulihan yang dibina seperti sebuah hospital dengan staf terdiri daripada Doktor Perubatan, Pakar Psikiatrik, Kaunselor, Ahli Psikologi, Pekerja Sosial dan jururawat untuk memenuhi jumlah kl