Perangkap Komunikasi Dalam Kepulihan

PERANGKAP KOMUNIKASI

Mengapakah apa yang diungkapkan itu penting? Apakah yang akan berlaku sekiranya sesuatu itu diungkapkan dengan cara berbeza? Bagaimanakah kemungkinan pendengar menerima mesej yang berbeza daripada yang diperkatakan?

Individu yang berada di dalam keluarga yang berhadapan dengan masalah penagihan  seringkali merasa bersalah, marah, terluka dan rendah diri. Perasaan ini akan memberi kesan yang serius kepada komunikasi antara ahli keluarga. Corak interaksi yang negatif sering datang secara tiba-tiba. Mengubah corak interaksi ini adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan di dalam keluarga. Sukar untuk individu mengakui kesalahan, merasa bertanggungjawab terhadap perasaan orang lain dan berlaku jujur antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, memahami bahawa komunikasi positif boleh dipelajari merupakan langkah pertama  yang penting dalam memperbaiki hubungan kekeluargaan.

Untuk mempelajari cara sebenar untuk berkomunikasi dan mengelakkan saling menyalah dan perbalahan dengan ahli keluarga, isu komunikasi berikut perlu diambil perhatian. Dengar setiap percakapan anda dan kenalpasti sama anda terjebak dengan perangkap komunikasi tersebut.

Adakah anda membuat andaian?
Jika anda mempercayai sesuatu perkara itu benar tanpa mempunyai semua fakta, sila pastikan anda bertanya untuk mendapat maklumat yang lengkap sebelum anda bertindak.

Senario :
  •  Sharifah bertanya kepada suaminya Ramli , “ Adakah awak akan balik terus selepas habis kerja nanti? “ Ramli tiba-tiba marah, “ Awak tak payahlah nak sentiasa periksa ke mana saya setiap 5 minit, adakah awak nak buat ujian air kencing juga?" Sharifah membalas dengan marah. “ Yelah, awak yang buatkan saya sentiasa curiga dan perlu untuk sentiasa periksa awak.”
  • Akhirnya perbualan berakhir  dengan pergaduhan dan ungkitan tentang kisah lampau. Ramli berprasangka yang Sharifah sudah tidak mempercayainya bila dia bertanyakan adakah beliau akan balik ke rumah atau tidak selepas kerja dan berasa kecewa dan marah seolah-olah Sharifah tidak mempercayainya dan tidak nampak setiap perubahan yang beliau telah lakukan untuk kepulihan beliau.
  •  Manakala tujuan sebenar Sharifah bertanyakan soalan berkenaan untuk mengetahui samada Ramli boleh atau tidak membantunya mengambil baju di dobi sebelum kedai itu tutup, sekiranya tidak beliau hendak pulang awal dari tempat kerjanya.

Contoh komunikasi sebenar (positif)
  • Ramli boleh mengelakkan daripada bertengkar dengan tidak berprasangka terhadap pertanyaan Sharifah. Beliau sepatutnya menjawab “ Ya, kenapa awak tanya? “ dalam nada yang biasa dan memberi jawapan yang terus serta menunggu respon daripada Sharifah.

Adakah anda sedang berkomunikasi menggunakan bahasa kiasan?
Tanya dengan jelas apa yang anda kehendaki atau perlukan, dan cuba terima bahawa tidak semestinya permintaan itu akan dipenuhi.

Senario:
  • Chung, 17 tahun dan sedang dalam proses kepulihan, sedang bermain video game apabila ibunya Linda berjalan disisinya dan bertanya “ Chung, tong sampah di dapur hampir penuh “ Chung menjawab “ uh.. huh “ dan menyambung permainan videonya. Setengah jam kemudian, Linda mendapati Chung masih belum membuang sampah yang ada dalam tong sampah tersebut. Linda marah dan mengherdik Chung kerana masih tidak membuang sampah yang ada pada tong sampah tersebut. Chung terus menjawab dengan marah dan menjawab dengan kuat “ Hey! Saya akan buat lah bila saya ada masa dan bersedia nanti! “

Contoh komunikasi sebenar (positif)
  • Lebih baik Linda memberikan arahan secara terus daripada bercakap dengan menggunakan bahasa kiasan atau berlapik. Dengan berkata : “Chung, saya mahu awak buang sampah yang ada dalam tong sampah ini dalam masa 15 minit dari sekarang, saya akan mula memasak dan sampah sayuran akan banyak nanti”. Chung pasti akan faham bahawa beliau perlu melakukannya sekarang, bukannya bila-bila masa yang kosong.

Adakah anda memberi dua maksud/ mesej?
Mengetahui bahawa ekspresi muka atau bahasa badan sering memberi mesej yang berbeza daripada yang dipercakapkan. Sila peka dengan rangsangan bukan lisan  anda dan orang lain.

Senario:
  • Anjali bertanya kepada suaminya, Siva “ Adakah awak kisah jika saya pergi memancing dengan Preity hari Sabtu ini ? “ SIva sebenarnya sudah mempunyai rancangan untuk mengisi masa lapang pada hujung minggu ini dengan Anjali dan tidak mahu membenarkan Anjali keluar bersama Preity. Walau bagaimanapun dia menjawab :” Boleh, pergilah”  Ketika dia berkata itu, dia menggenggam tangan dan meletakkannya di atas dada manakala matanya tidak melihat terus kepada Anjali. Anjali merasa tidak sedap hati dan berkata : “ Betul ke awak tak apa-apa dan izinkan saya pergi? “ Siva menjawab dengan marah, “ Saya kata okay, okay la, apa lagi? “ Dan akhirnya perbincangan berubah menjadi pertengkaran.

Contoh Komunikasi sebenar (positif)
  • Siva sepatutnya berterus terang dengan Anjali apa yang dirasainya, daripada menunjukkan dengan cara yang lain. Dia sepatutnya menjawab “ Saya mengharapkan kita dapat menghabiskan masa bersama pada hari Sabtu ini, saya terlalu sibuk bekerja dan saya rindu untuk berjumpa awak “ Anjali akan faham maksud dan kehendak Siva itu dan mungkin akan berbincang dengan rakannya untuk mengubah waktu pada masa yang lain, atau berbincang dengan Siva masa yang sesuai untuk bersama.

Bolehkah anda mengakui kesalahan?
Menerima bahawa difahami lebih penting daripada sentiasa betul. Mulakan untuk memahami orang dan tidak cuba menguasai keadaan.

Senario:
  • Bob terlupa hari tersebut adalah hari ulangtahun perkahwinannya bersama Catherine. Ada pekerjanya mengajaknya bermain bowling selepas waktu kerja dan beliau menerima ajakan tersebut. Apabila beliau sampai di rumah, beliau melihat di atas meja set makan untuk dua orang dan Catherine sedang menangis. Beliau sanggup menghantar anak mereka kepada kakaknya untuk dijaga dan menyediakan set romantik untuk makan malam mereka berdua. Apabila Catherine bertanya kepadanya kenapa lewat pulang, dia pun menjawab dengan defensif “ awak tahu kan ada banyak benda yang saya perlu ingat, dan sepatutnya awak mengingatkan saya, mana saya nak tahu awak ada sediakan makan malam istimewa untuk kita? “ Catherine menjawab “Bagaimana awak boleh lupa tarikh perkahwinan kita? “ Bob merasa bersalah pada mulanya tetapi masih tidak mahu mengakui kesilapan itu dan menjawab “ Dengar sini Catherine, kita dah pun kahwin 5 tahun, apa lagi yang menjadi masalah? “ Catherine pun merajuk dan mengunci diri di dalam bilik tidur.

Contoh komunikasi sebenar (positif )
  • Apabila Bob menyedari bahawa beliau terlupa tarikh ulangtahun perkahwinannya, dia sepatutnya mengakui kesilapan beliau dan meminta maaf secara jujur. Masalah itu tidak akan menjadi susah dan boleh diselesaikan.

Adakah anda menggunakan pernyataan SAYA (kata ganti diri pertama)?
Sila berhati-hati dengan kecenderungan untuk menyalahkan orang lain dan perbalahan boleh dihentikan sekiranya kedua-dua pihak bercakap dengan jelas daripada perasaan dan pengalaman mereka sendiri. Memulakan ayat dengan saya, dan diikuti deskripsi perasaan  anda untuk mengelakkan menyalahkan dan berbalah dengan ahli keluarga.

Senario:
  • Kathy, adalah pelajar di sebuah sekolah tinggi telah keluar untuk suatu temujanji. Dia telah lewat dan pulang ke rumah jam 1 pagi. Ibunya, Mae berasa terlalu bimbang dan menyambut Kathy di depan pintu dengan berkata “ Awak pulang lewat!!  Awak sepatutnya telefon dan beritahu saya anda lambat, awak memang selalu tidak bertolak ansur”  Kathy pun menjawab dengan marahnya, “ Saya memang selalu tidak bertolak ansur! “ maka pergaduhan pun berlaku.

Contoh komunikasi sebenar (positif)
  • Mae sepatutnya menggunakan pernyataan ‘ Saya/ emak ‘ seperti : “ Emak benar-benar bimbang sesuatu berlaku bila awak balik lewat dan tidak mendapat apa-apa panggilan. Lain kali, awak telefon emak bila awak lewat. “Mae secara terus telah memberitahu isu yang penting dengan cara yang tenang, dan Kathy tidak merasa perlu untuk mempertahankan dirinya secara agresif. Kathy juga akan menghubungi ibunya setiap kali beliau pulang lewat pada masa yang akan datang.

Comments

Unknown said…
Individu yang berasa rendah diri cenderung merasakan individu lain mempunyai pandangan negatif terhadapnya. Maka, sangat penting untuk berkomunikasi secara positif dan jelas (direct to the point) bagi mengurangkan aura negatif yang akan menimbulkan ketegangan...

Popular posts from this blog

Pusat Pemulihan Dadah Swasta atau Persendirian di Malaysia

PRINSIP 12 LANGKAH

TC di PUSPEN