Rawatan dan Pemulihan Dadah di Thailand (Thanyarak Institute)
Pada 25 hingga 5 September yang lepas penulis telah diberikan kesempatan untuk menghadiri sebuah kursus bersama delegasi dari 9 buah negara ASEAN yang lain ke Thanyarak Institute, Thailand. Pertama kali menjejakkan kaki di pusat pemulihan ini, penulis amat kagum dalam usaha kerajaan Thailand dalam membantu merawat pulih penagih dadah di negara mereka. Sememangnya kesungguhan yang ditunjukkan, menggambarkan betapa mereka benar-benar ingin membantu klien mereka untuk kembali pulih sebagai individu normal.
Kenapa saya katakan mereka lebih serius berbanding negara kita? Ini boleh dilihat dari segi peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan mereka untuk melaksanakan rawatan dan pemulihan dadah. Saya tidak mempunyai jumlah yang tepat peruntukan yang diperolehi tetapi melalui pemerhatian terhadap pusat pemulihan yang dibina seperti sebuah hospital dengan staf terdiri daripada Doktor Perubatan, Pakar Psikiatrik, Kaunselor, Ahli Psikologi, Pekerja Sosial dan jururawat untuk memenuhi jumlah klien seramai lebih 1000 orang klien pada satu-satu masa sememangnya memerlukan peruntukan yang tinggi untuk menguruskannya. Pusat pemulihan ini juga mempunyai makmal ujian yang tersendiri bagi mengesan kandungan dadah di dalam air kencing mahupun di dalam darah pesakit. Staf mereka juga amat terlatih bukan sahaja mendapat latihan secara dalaman di dalam negara malah hampir kesemua staf mereka yang saya temui iaitu dalam kalangan jururawat pernah mendapat latihan di Daytop, New York Amerika Syarikat.
Pendekatan rawatan dan pemulihan yang digunakan adalah berdasarkan pendekatan terbaik yang diamalkan (best practice) dari kajian dan penyelidikan dari negara-negara maju. Antara yang digunakan adalah program TC (FAST Model), Model Matrix, Terapi Gantian Dadah, CBT (Cognitive Behavioral Therapy), MI (Motivational Interviewing) dan sebagainya. Amalan terbaik ini adalah berdasarkan kepada kajian yang dilaksanakan di National Institute On Drug Abuse (NIDA).
Majoriti penagih dadah yang mendapatkan rawatan di Pusat ini adalah mereka yang terlibat dengan dadah jenis perangsang seperti ATS dan Methamphetamine. Rawatan yang berikan pula diberikan kepada dua kategori pesakit iaitu penagih yang diarahkan oleh Mahkamah untuk mendapatkan rawatan dan mereka yang secara sukarela ingin mendapatkan rawatan dan pemulihan. Tempoh rawatan pula adalah selama 4 bulan sama ada secara inpatient ataupun outpatient.
Selain itu, di Thailand rawatan dan pemulihan dadah juga dilakukan di kem-kem tentera menggunakan elemen rawatan dan pemulihan yang sama namun pendekatan yang diberikan lebih menekankan kepatuhan kepada disiplin dan aktiviti fizikal berbanding pusat pemulihan berasaskan hospital.

Thanyarak Institute, Thailand
Antara program dan aktiviti di Thanyarak Institute
Lawatan ke pusat pemulihan untuk golongan remaja
Lawatan ke pusat pemulihan yang dikendalikan oleh pihak tentera
Penghuni menjalankan aktiviti vokasional dibawah kelab-kelab tertentu
Kelab pertukangan
Kelab untuk menghasilkan baja kompos
Kelab pertanian
Comments