Posts

Showing posts from December, 2015

Azam Tahun Baru dan Pesta Tahun Baru!

Image
Selamat datang 2016! Semoga tahun baru ini akan membuka lembaran baru ke arah yang lebih baik. Bagi yang ingin berubah, tanamkan azam dan tekad untuk melakukan berubah. Mulakan dengan langkah kecil dan lakukan satu persatu, langkah demi langkah In sya Allah kita akan berjaya. Dapatkan sebanyak mungkin ilmu sebagai persediaan menghadapi cabaran dalam mengharungi kejayaan. Namun, cabaran awal di permulaan tahun sudah semestinya adalah semasa di pesta tahun baru. Ini adalah kerana pada masa inilah tempoh masa paling berisiko untuk berlakunya pelbagai jenis masalah sosial dan pada ketika inilah pelbagai operasi oleh badan penguatkuasa dijalankan. Dadah, seks bebas, merempit, berpeleseran dan pelbagai jenis gejala sosial terdedah pada masa ini atas dasar ingin menyambut tahun baru. Semoga kita semua tidak tergolong didalam masalah ini. Jadi apa azam anda tahun ini? Bertindaklah dengan bijak dan lakukan perubahan..

Senario Dadah Terkini

Image
2015 bakal melabuhkan tirainya, dan 2016 bakal menjengah. Begitulah saban tahun, namun sejauh mana perubahan tahun ini merubahh masalah penyalahgunaan dadah di negara kita? Adakah ianya berjaya  dikawal atau sebaliknya? Ini adalah antara persoalan yang sering ditanya bagi mereka yang memang berada di dalam bidang ini, namun bagi mereka yang tidak terlibat secara langsung dengan permasalahan ini, isu ini sering dipandang sepi dan tidak diberikan perhatian. Isu penagihan dadah seolah-olah cuba disembunyikan dan dielak untuk dibincangkan umpama ianya tidak wujud dan hanya isu yang terpencil. Namun hakikat yang perlu kita terima adalah isu ini semakin hari semakin parah dan golongan yang terjebak adalah golongan belia, remaja dan malah kanak-kanak. Selagi kita tidak mahu menerima realiti dan menolak apa yang berlaku sebagai satu masalah yang serius, selagi itu lah tiada usaha yang benar-benar memberikan impak besar dapat dilakukan. Dan selagi usaha yang dilakukan cenderung bersifat pol