Azam Tahun Baru dan Pesta Tahun Baru!

Selamat datang 2016! Semoga tahun baru ini akan membuka lembaran baru ke arah yang lebih baik. Bagi yang ingin berubah, tanamkan azam dan tekad untuk melakukan berubah. Mulakan dengan langkah kecil dan lakukan satu persatu, langkah demi langkah In sya Allah kita akan berjaya. Dapatkan sebanyak mungkin ilmu sebagai persediaan menghadapi cabaran dalam mengharungi kejayaan.

Namun, cabaran awal di permulaan tahun sudah semestinya adalah semasa di pesta tahun baru. Ini adalah kerana pada masa inilah tempoh masa paling berisiko untuk berlakunya pelbagai jenis masalah sosial dan pada ketika inilah pelbagai operasi oleh badan penguatkuasa dijalankan. Dadah, seks bebas, merempit, berpeleseran dan pelbagai jenis gejala sosial terdedah pada masa ini atas dasar ingin menyambut tahun baru. Semoga kita semua tidak tergolong didalam masalah ini.

Jadi apa azam anda tahun ini? Bertindaklah dengan bijak dan lakukan perubahan..

Comments

Popular posts from this blog

Pusat Pemulihan Dadah Swasta atau Persendirian di Malaysia

PRINSIP 12 LANGKAH

Apa itu Co-Dependency?