Senario Dadah Terkini
2015 bakal melabuhkan tirainya, dan 2016 bakal menjengah. Begitulah saban tahun, namun sejauh mana perubahan tahun ini merubahh masalah penyalahgunaan dadah di negara kita? Adakah ianya berjaya dikawal atau sebaliknya? Ini adalah antara persoalan yang sering ditanya bagi mereka yang memang berada di dalam bidang ini, namun bagi mereka yang tidak terlibat secara langsung dengan permasalahan ini, isu ini sering dipandang sepi dan tidak diberikan perhatian.
Isu penagihan dadah seolah-olah cuba disembunyikan dan dielak untuk dibincangkan umpama ianya tidak wujud dan hanya isu yang terpencil. Namun hakikat yang perlu kita terima adalah isu ini semakin hari semakin parah dan golongan yang terjebak adalah golongan belia, remaja dan malah kanak-kanak. Selagi kita tidak mahu menerima realiti dan menolak apa yang berlaku sebagai satu masalah yang serius, selagi itu lah tiada usaha yang benar-benar memberikan impak besar dapat dilakukan. Dan selagi usaha yang dilakukan cenderung bersifat politik maka selagi itu negara akan gagal. Matlamat dan niat hendaklah jelas dan bukan semata-mata dilakukan untuk menunjuk kepada golongan atasan atau mempunyai agenda lain.
Negara seharusnya menumpukan kepada kesejahteraan hidup berkeluarga iaitu dengan menumpukan cara untuk bagaimana melahirkan sebuah keluarga yang bahagia kerana 70% penagihan adalah disebabkan oleh keluarga yang berpecah dan kebanyakan juga adalah disebabkan tiada pemantauan dan pemerhatian dari Ibu Bapa. Kebanyakan keluarga di Malaysia, rata-rata kedua-dua pasangan bekerja dan adakala bekerja melebihi masa ditetapkan ini ditambah pula dengan beban ekonomi pada masa kini dan cadangan untuk bekerja 2 atau 3 pekerjaan lain. Adakah cara ini akan melahirkan keluarga yang sejahtera? Adakah ianya akan mewujudkan sebuah negara yang sejahtera pada masa akan datang? Sudah semestinya tidak!
Berikut adalah beberapa maklumat yang dikumpulkan oleh penulis sendiri berkaitan senario dadah negara. Sumber adalah dari World Drugs Report 2015 dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta akhbar tempatan..
Comments