Ganja dihalalkan?


Berdebat dengan golongan yang pro kepada usaha untuk menghalalkan penggunaan ganja adalah suatu yang amat sukar terutama apabila ianya dilakukan di media sosial. Penulis sendiri pernah berpengalaman untuk cuba menyampaikan isu dan persoalan bagi menolak fakta disampaikan namun golongan-golongan ini yang mempunyai bilangan pengikut yang agak ramai (mereka yang menentang lebih gemar untuk mendiamkan diri) sering mengherdik, mengecam dan menggunakan perkataan kesat dalam memberikan justifikasi bagi menegakkan kepercayaan mereka. Sekiranya hujah mereka berjaya dipatahkan, golongan ini akan menggunakan cara provokasi menggunakan makian dan cercaan kepada individu yang mempertikaikan usaha mereka. 

Dalam tugas penulis sebagai pegawai pemulihan, pernah satu ketika penulis berhadapan dengan salah seorang pelatih yang bersungguh menyatakan bahawa ganja itu tidak mengkhayalkan dan tidak menjejaskan dirinya malah membuatkan dirinya lebih hebat dan mampu untuk berfikir lebih baik berbanding tanpa penggunaan ganja. Pelatih ini adalah merupakan seorang pelajar kolej di IPTS tempatan yang dimasukkan ke pusat pemulihan disebabkan oleh positif pengambilan ganja. Pelatih ini semasa berbual dengan penulis dengan yakin dan penuh semangat menyatakan tentang kebaikan ganja dalam perubatan, tiada statistik kematian disebabkan oleh overdose pengambilan ganja malah Presiden Amerika Syarikat sendiri iaitu Barack Obama pada zaman mudanya pernah mengambil ganja - Maklumat ini diperolehi hasil dari pembacaan di pusat sumber di pusat pemulihan berkenaan. Penulis tidak sekali-kali menolak fakta yang ditimbulkan disebabkan penulis sendiri pernah membaca fakta-fakta yang disebut tadi. Malah penulis memuji sikap pelatih berkenaan yang dilihat seorang yang proaktif dan rajin untuk membaca dan semasa kami berbual ada dibawa bersamanya sebuah buku.

Untuk makluman pembaca, pelatih yang berbual dengan penulis ini ditahan dan diarahkan ke pusat pemulihan adalah hasil aduan yang dibuat oleh bapa pelatih itu sendiri. Bapa kepada pelatih ini amat mengambil berat akan anaknya namun disebabkan oleh pengambilan ganja, pelatih ini sudah mula hilang kawalan dan pelajaran di kolej juga semakin lama semakin terabai. Disebabkan tidak dapat menahan sikap anaknya, bapa pelatih ini telah membuat aduan kepada pihak berkuasa dan akhirnya menyebabkan pelatih berkenaan diletakkan di pusat pemulihan untuk mendapatkan rawatan. Masalah dadah ini tidak kira ganja, heroin, morfin dan sebagainya bukan hanya melibatkan individu berkenaan sahaja tetapi memberi kesan kepada orang sekeliling mereka terutama ahli keluarga. Mereka adalah orang pertama yang akan menyedari perubahan yang berlaku disebabkan oleh pengambilan dadah. Seorang yang mengambil ganja pastinya tidak akan mengakui keadaan ini malah akan sentiasa merasakan yang ianya tidak sekali kali mengganggu kehidupan namun realitinya cuba anda tanyakan kepada orang yang rapat dengan terutama ibu bapa, suami isteri mahupun anak-anak mereka bagaimana keadaan mereka sebenarnya.

Penulis bukan anti kepada maklumat atau fakta yang ditonjolkan berkenaan dengan ganja namun untuk menghalalkan ganja semata-mata oleh fakta yang diviralkan di media sosial yang dilihat berat sebelah tanpa melihat disudut kesan negatif disebalik penghalalan tersebut bukanlah satu yang bijak. Kajian yang komprehensif dari segi pro dan kontra dan membuat pertimbangan yang terbaik adalah pendekatan yang perlu diambil semua pihak.

Berbalik kepada pelatih tadi, bagaimana penulis menjawab terhadap apa yang dikatakan oleh beliau? Dalam teknik kaunseling salah satu teknik popular yang digunakan adalah dengan menggunakan teknik Motivational Interviewing (MI), namun disebabkan ianya bukan sesi kaunseling penulis merasionalkan pelatih berkenaan dengan memberikan galakan bersyarat kepada pelatih ini dan mencabar beliau sekiranya beliau ingin juga meneruskan penggunaan ganja maka penulis cadangkan beliau untuk memilih sama ada berhijrah ke negara yang menghalalkan ganja ataupun beliau boleh memilih menamatkan program pemulihan, menyambung pelajaran, membuat kajian peringkat master atau PhD dan seterusnya mengemukakan cadangan atau proposal kepada kerajaan Malaysia. Walaupun nampak agak mustahil, namun ianya akan memberikan sedikit semangat dan halatuju kepada pelatih ini untuk memajukan lagi dirinya ke arah lebih positif pada masa akan datang. Penulis sebagai manusia biasa tidak mampu untuk mengubah manusia lain, namun sentiasa mendoakan yant terbaik untuk mereka.

Kesimpulan dari apa yang penulis ingin sampaikan adalah setiap apa yang diperjuangkan akan ada baik dan buruknya. Penilaian menyeluruh perlu dibuat bagi melihat sama ada kebaikan itu lebih baik dari keburukan atau sebaliknya. Dan usaha bukan hanya sekadar menyebarkan atau share di facebook atau whatsapp semata-mata tapi perlukan pembacaan dan kajian secara rasmi serta memberikan cadangan dan pandangan berkenaan tanpa perlu beremosi kepada pihak berwajib. Itu adalah yang sebaiknya.

Sekian, Wallahu a'lam..






Golongan pro ganja ini majoriti adalah dari kaum Melayu yang beragama Islam??

Comments

Unknown said…
Kebenaran tentang ganja adakalanya betul.....jika mengikut dos dan terapi ia akan meyembuhkan sesuatu penyakit termasuk barah dan penggunaannya yg paling tepat adalah untuk mereka yang mempunyai masalah tekanan perassaan ,epylepsi dan masalh yang berkaitan dengan mental....saya adalah seorang anak yang menjaga ibu yang mempunyai masalah epylepsi sejak lebih 40tahun....mengambil alih tugas selepas kematian bapa.....epylepsi sejenis penyakit yang dialami dimna bendalir dalam otak kita terjejass....ibarat berlaku litar pintas dalam aliran elektrik...sehingga kini penyakit ini tidak ada ubat ataupun bagaimana punca berlaku sawan belum ditemui....sekdar ubat yg dibekal sekadar mengimbangi bendalir agar sawan tidak kerap berlaku.....saya bermula dari bawah dimana mencari susur galur sejarah mak saya....sehingga jenis ubat....dan paling teruk sekali apabila pihak doktor pakar akan membekalkan ubat tidor yg paling kuat untuk menyelesaikan sekiranya sawan sering berlaku......saya terkejut kerana dii australia penyakit ini dirawat menggunakan dos ganja...dan kebanyakkan pesakit ini akan beransur bertambah baik....sehinggakan ubat tahan sakit diberikan gas@ asap ganjamengikut dos dan keperluan pesakit...dan itulah kenapa australia adalah salah satu negara yang membenarkan ganja boleh diterima pakai.....sebab dari segi kesihatan ia lebih baik daripada morfin ataupun dadah yng digunkan didalam ubat ubatan di hospital......inilah faktanya
Unknown said…
Kebenaran ini betul....dimana saya mengambil alih tugas menjaga mak saya selama dibawah penjagaan saya ....pesakit memerlukan suasana yang damai....kajian saya ini bermula bila saya melihat faktor cara serangan,sejrah bermula didapati sawan dan yang paling tepat apakah keadaan ataupun kejadian yang pernah dasyat yang dialami semasa kecil....(demam yang kuat dimana keadaan semasa kecil didera oleh keluarga angkat sewaktu berumur 7tahun sehinggakan tidak ada tempat untuk mengadu pendamkan sehingga berumur 9tahun)Kondisi deman yang kuat dan trauma......Bila kita sudah tahu darimana serta puncanya barulah kita tahu cara merawatnya....menjaganya cuma memastikan mental ataupun pesakit tidak ada tekanan ....dan yang paling penting jangan menunjukkan barang dan benda yang akan meybabkan perassan nya terganggu ....bila perasaan terganggu otaknya akan memikirkan sejarah lama...dan dalam sekelip mata penyakit akan sawan.....di sini saya banyak mengunakan kaedah terapi apakah kenangan ataupun benda paling terindah yang tidak dapat dia lupakan.....disinilah peranan ganja bermula dimana pesakit akan diberikan gas mengikut dos ataupun asap ganja akan dinyalakan sebelum pesakit masuk tido....asap ganja ini akan menyebabkan minda akan berada di dalam keadaan yang paling rileks dan disini benda atau pun kesukaan pesakit dikeluarkan....dan yang paling penting dia dapat melelapkan mata rehat sepenuhnya.......tak sampai 8minggu saya lihat sungguh banyak perubahan sehinggakan dos ubat hospital dikurangkan berperingkat peringkat...apabila kadar renjatan sawan dalam 1hari daripada 14 kali sehingga sifar.....subhanallah hanya sekadar membuat asap seperti membakar kemenyan pada setiap malam ....emosinya kembali ceria dan tidak kemurungan....
Unknown said…
Kebenaran tentang ganja adakalanya betul.....jika mengikut dos dan terapi ia akan meyembuhkan sesuatu penyakit termasuk barah dan penggunaannya yg paling tepat adalah untuk mereka yang mempunyai masalah tekanan perassaan ,epylepsi dan masalh yang berkaitan dengan mental....saya adalah seorang anak yang menjaga ibu yang mempunyai masalah epylepsi sejak lebih 40tahun....mengambil alih tugas selepas kematian bapa.....epylepsi sejenis penyakit yang dialami dimna bendalir dalam otak kita terjejass....ibarat berlaku litar pintas dalam aliran elektrik...sehingga kini penyakit ini tidak ada ubat ataupun bagaimana punca berlaku sawan belum ditemui....sekdar ubat yg dibekal sekadar mengimbangi bendalir agar sawan tidak kerap berlaku.....saya bermula dari bawah dimana mencari susur galur sejarah mak saya....sehingga jenis ubat....dan paling teruk sekali apabila pihak doktor pakar akan membekalkan ubat tidor yg paling kuat untuk menyelesaikan sekiranya sawan sering berlaku......saya terkejut kerana dii australia penyakit ini dirawat menggunakan dos ganja...dan kebanyakkan pesakit ini akan beransur bertambah baik....sehinggakan ubat tahan sakit diberikan gas@ asap ganjamengikut dos dan keperluan pesakit...dan itulah kenapa australia adalah salah satu negara yang membenarkan ganja boleh diterima pakai.....sebab dari segi kesihatan ia lebih baik daripada morfin ataupun dadah yng digunkan didalam ubat ubatan di hospital......inilah faktanya
Dora said…
Alhamdulillah semoga atas bantuan ki witjaksono terbalaskan melebihi rasa syukur kami saat ini karna bantuan aki sangat berarti bagi keluarga kami di saat kesusahan dengan menanggun 9 anak,kami berprofesi penjual ikan di pasar hutang saya menunpuk di mana-mana sempat terpikir untuk jadikan anak bekerja tki karna keadaan begitu mendesak tapi salah satu anak saya melihat adanya program pesugihan dana gaib tanpa tumbal kami lansung kuatkan niat,Awalnya suami saya meragukan program ini dan melarang untuk mencobanya tapi dari yg saya lihat program ini bergransi hukum,Saya pun tetap menjelaskan suami sampai dia ikut yakin dan alhamdulillah dalam proses 1 hari 1 malam kami bisa menbuktikan bantuan aki melalui dana gaib tanpa tumbal,Bagi saudara-saudaraku yg butuh pertolongan
silahkan hubungi
Ki Witjaksono di:0852-2223-1459
selengkapnya klik-> PESUGIHAN TANPA TUBAL

Popular posts from this blog

Pusat Pemulihan Dadah Swasta atau Persendirian di Malaysia

PRINSIP 12 LANGKAH

Apa itu Co-Dependency?