Ganja dihalalkan?
Berdebat dengan golongan yang pro kepada usaha untuk menghalalkan penggunaan ganja adalah suatu yang amat sukar terutama apabila ianya dilakukan di media sosial. Penulis sendiri pernah berpengalaman untuk cuba menyampaikan isu dan persoalan bagi menolak fakta disampaikan namun golongan-golongan ini yang mempunyai bilangan pengikut yang agak ramai (mereka yang menentang lebih gemar untuk mendiamkan diri) sering mengherdik, mengecam dan menggunakan perkataan kesat dalam memberikan justifikasi bagi menegakkan kepercayaan mereka. Sekiranya hujah mereka berjaya dipatahkan, golongan ini akan menggunakan cara provokasi menggunakan makian dan cercaan kepada individu yang mempertikaikan usaha mereka.
Dalam tugas penulis sebagai pegawai pemulihan, pernah satu ketika penulis berhadapan dengan salah seorang pelatih yang bersungguh menyatakan bahawa ganja itu tidak mengkhayalkan dan tidak menjejaskan dirinya malah membuatkan dirinya lebih hebat dan mampu untuk berfikir lebih baik berbanding tanpa penggunaan ganja. Pelatih ini adalah merupakan seorang pelajar kolej di IPTS tempatan yang dimasukkan ke pusat pemulihan disebabkan oleh positif pengambilan ganja. Pelatih ini semasa berbual dengan penulis dengan yakin dan penuh semangat menyatakan tentang kebaikan ganja dalam perubatan, tiada statistik kematian disebabkan oleh overdose pengambilan ganja malah Presiden Amerika Syarikat sendiri iaitu Barack Obama pada zaman mudanya pernah mengambil ganja - Maklumat ini diperolehi hasil dari pembacaan di pusat sumber di pusat pemulihan berkenaan. Penulis tidak sekali-kali menolak fakta yang ditimbulkan disebabkan penulis sendiri pernah membaca fakta-fakta yang disebut tadi. Malah penulis memuji sikap pelatih berkenaan yang dilihat seorang yang proaktif dan rajin untuk membaca dan semasa kami berbual ada dibawa bersamanya sebuah buku.
Untuk makluman pembaca, pelatih yang berbual dengan penulis ini ditahan dan diarahkan ke pusat pemulihan adalah hasil aduan yang dibuat oleh bapa pelatih itu sendiri. Bapa kepada pelatih ini amat mengambil berat akan anaknya namun disebabkan oleh pengambilan ganja, pelatih ini sudah mula hilang kawalan dan pelajaran di kolej juga semakin lama semakin terabai. Disebabkan tidak dapat menahan sikap anaknya, bapa pelatih ini telah membuat aduan kepada pihak berkuasa dan akhirnya menyebabkan pelatih berkenaan diletakkan di pusat pemulihan untuk mendapatkan rawatan. Masalah dadah ini tidak kira ganja, heroin, morfin dan sebagainya bukan hanya melibatkan individu berkenaan sahaja tetapi memberi kesan kepada orang sekeliling mereka terutama ahli keluarga. Mereka adalah orang pertama yang akan menyedari perubahan yang berlaku disebabkan oleh pengambilan dadah. Seorang yang mengambil ganja pastinya tidak akan mengakui keadaan ini malah akan sentiasa merasakan yang ianya tidak sekali kali mengganggu kehidupan namun realitinya cuba anda tanyakan kepada orang yang rapat dengan terutama ibu bapa, suami isteri mahupun anak-anak mereka bagaimana keadaan mereka sebenarnya.
Penulis bukan anti kepada maklumat atau fakta yang ditonjolkan berkenaan dengan ganja namun untuk menghalalkan ganja semata-mata oleh fakta yang diviralkan di media sosial yang dilihat berat sebelah tanpa melihat disudut kesan negatif disebalik penghalalan tersebut bukanlah satu yang bijak. Kajian yang komprehensif dari segi pro dan kontra dan membuat pertimbangan yang terbaik adalah pendekatan yang perlu diambil semua pihak.
Berbalik kepada pelatih tadi, bagaimana penulis menjawab terhadap apa yang dikatakan oleh beliau? Dalam teknik kaunseling salah satu teknik popular yang digunakan adalah dengan menggunakan teknik Motivational Interviewing (MI), namun disebabkan ianya bukan sesi kaunseling penulis merasionalkan pelatih berkenaan dengan memberikan galakan bersyarat kepada pelatih ini dan mencabar beliau sekiranya beliau ingin juga meneruskan penggunaan ganja maka penulis cadangkan beliau untuk memilih sama ada berhijrah ke negara yang menghalalkan ganja ataupun beliau boleh memilih menamatkan program pemulihan, menyambung pelajaran, membuat kajian peringkat master atau PhD dan seterusnya mengemukakan cadangan atau proposal kepada kerajaan Malaysia. Walaupun nampak agak mustahil, namun ianya akan memberikan sedikit semangat dan halatuju kepada pelatih ini untuk memajukan lagi dirinya ke arah lebih positif pada masa akan datang. Penulis sebagai manusia biasa tidak mampu untuk mengubah manusia lain, namun sentiasa mendoakan yant terbaik untuk mereka.
Kesimpulan dari apa yang penulis ingin sampaikan adalah setiap apa yang diperjuangkan akan ada baik dan buruknya. Penilaian menyeluruh perlu dibuat bagi melihat sama ada kebaikan itu lebih baik dari keburukan atau sebaliknya. Dan usaha bukan hanya sekadar menyebarkan atau share di facebook atau whatsapp semata-mata tapi perlukan pembacaan dan kajian secara rasmi serta memberikan cadangan dan pandangan berkenaan tanpa perlu beremosi kepada pihak berwajib. Itu adalah yang sebaiknya.
Sekian, Wallahu a'lam..
Golongan pro ganja ini majoriti adalah dari kaum Melayu yang beragama Islam??
Comments
silahkan hubungi
Ki Witjaksono di:0852-2223-1459
selengkapnya klik-> PESUGIHAN TANPA TUBAL