Posts

Motivasi Dalam Kepulihan

Image
Tanyakan kepada mana-mana individu yang ingin berhenti menagih, mengapa mereka ingin berhenti sekarang dan anda akan mendapat pelbagai jawapan yang berbeza: Saya ditangkap, sama ada saya di sini atau penjara Isteri saya kata jika tidak berhenti, kita akan bercerai. Dulu saya rasa saya akan mati jika saya gunakan dadah. Saya tahu saya akan mati jika saya gunakannya semula. Mereka akan mengambil anak-anak dari kami, kecuali saya berhenti menagih. Saya telah menggunakan untuk 20 tahun, sekarang masanya untuk berubah. Yang mana satu petikan yang membawa kepada kepulihan yang sebenar? Ianya adalah suatu yang logik untuk memikirkan bahawa mereka yang ingin berhenti sendiri akan lebih berjaya dalam kepulihan mereka berbanding mereka yang dipaksa oleh orang lain. Walaubagaimanapun, ia mungkin tidak benar sama sekali. Kajian menunjukkan bahawa sebab-sebab mengapa mereka hendak berhenti tidak boleh meramal kejayaan seseorang itu akan kekal bebas dari dadah. Apa yang membezak

Kepulihan anda bermula disini

Image
KEPULIHAN ANDA BERMULA DISINI - moto atau tagline di pusat pemulihan penagihan dadah. Pusat pemulihan menjadi tempat dimana mereka yang lama menagih akan berhenti dari menggunakan dadah. Namun persoalannya, sekiranya tiada paksaan adakah seseorang itu terutama di Malaysia akan memulakan pemulihan. Mungkin segelintir yang mempunyai kekuatan untuk mula membuat perubahan namun kebanyakannya sekiranya diberi pilihan mereka lebih rela untuk terus menagih. Bekalan ilmu yang diberikan di dalam pusat pemulihan boleh dijadikan strategi untuk kekal dalam pemulihan. Walaubagaimanapun, semua ilmu yang diberikan akan dilupakan sebaik sahaja melangkah keluar dari pusat pemulihan. Sematkan dalam hati disinilah bermulanya perubahan ke arah lebih baik namun harus diingat segalanya tidak juga berakhir di sini. Insya Allah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan..

Kekal Sibuk

Image
Penstrukturan dari segi masa merupakan perkara yang sangat penting dalam mengekalkan kepulihan dari penagihan dadah. Semasa seseorang individu terlibat dengan penagihan dadah, masa dipenuhi dengan aktiviti mendapatkan dadah dan khayal dengan dadah. Pengurusan masa tiada dalam kehidupan seorang penagih dadah. Semasa kepulihan, seseorang individu perlu membuat jadual secara harian dan mingguan. Setiap aktiviti bermula dari bangun pagi sehingga tidur di waktu malam perlu dijadualkan. Selain jadual, perlu juga mencatat setiap aktiviti yang dilakukan dan trigger yang terpaksa mereka berjaya atasi. Kaedah terbaik adalah dengan menyimpan jurnal atau diari. Bagi seorang penagih, masa lapang merupakan masa dimana mereka akan mencari jalan untuk mendapatkan dadah. Semasa di dalam kepulihan, masa senggang seharusnya diminimakan dan perlu diisi dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Namun anda perlu berhati-hati, kerana terlalu banyak aktiviti boleh menyebabkan keletihan yang berkemungkinan akan me

Pekerjaan dan Kepulihan Dadah

Image
Pekerjaan boleh dianggap sebagai keperluan utama kepada seorang individu dewasa. Tanpa pekerjaan akan menyebabkan seseorang itu tiada sumber pendapatan, dan tanpa sumber pendapatan akan menyebabkan  keperluan asas lain tidak dapat dipenuhi antaranya seperti keperluan tempat tinggal, pengangkutan dan makan minum. Bagi mereka yang normal, untuk mendapatkan pekerjaan juga kadangkala sesuatu yang mencabar, malah ianya akan menjadi lebih mencabar sekiranya individu berkenaan sedang dalam proses pemulihan dari kebergantungan kepada dadah. Seringkali isu pekerjaan dijadikan sebagai punca untuk seseorang itu menggunakan semula dadah dan berhenti dari mengikuti program rawatan dan pemulihan. Alasan yang diberikan seperti, tiada masa untuk hadir mengikuti program yang diaturkan. Kadangkala pekerjaan yang dilakukan juga merupakan pencetus kepada penagihan dadah. Disebabkan oleh hubungan yang kuat antara penagihan dengan pekerjaan tersebut contohnya bekerja di kelab malam yang terdedah de

Pusat Pemulihan Dadah di Malaysia, dimana silapnya?

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2016/07/01/tujuh-penghuni-ditahan-edar-dadah/ Pusat pemulihan dadah di Malaysia kebanyakannya dikendalikan oleh jabatan kerajaan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).  Sememangnya usaha untuk merawat pulih seorang manusia adalah satu tugas yang amat mencabar dan sukar sekiranya individu berkenaan sememangnya tiada keinginan untuk berubah. Apa yang dilalui di pusat pemulihan hanyalah sekadar hukuman sementara yang terpaksa dilalui sehingga tamat tempoh yang telah ditetapkan. Membetulkan seorang penagih dadah bukan seperti merawat penyakit yang lain kerana ianya melibatkan tingkahlaku dan tabiat manusia yang telah sebati dalam diri mungkin bertahun lamanya. Untuk mengubah manusia menjadi baik dalam tempoh beberapa bulan ke setahun sememangnya adalah suatu yang mustahil melainkan individu itu sendiri yang ingin mengubah dirinya. Berbalik kepada keratan berita di atas, di mana silapnya? Pelbagai faktor yang boleh dikaitkan malah salah

Ganja dihalalkan?

Image
Berdebat dengan golongan yang pro kepada usaha untuk menghalalkan penggunaan ganja adalah suatu yang amat sukar terutama apabila ianya dilakukan di media sosial. Penulis sendiri pernah berpengalaman untuk cuba menyampaikan isu dan persoalan bagi menolak fakta disampaikan namun golongan-golongan ini yang mempunyai bilangan pengikut yang agak ramai (mereka yang menentang lebih gemar untuk mendiamkan diri) sering mengherdik, mengecam dan menggunakan perkataan kesat dalam memberikan justifikasi bagi menegakkan kepercayaan mereka. Sekiranya hujah mereka berjaya dipatahkan, golongan ini akan menggunakan cara provokasi menggunakan makian dan cercaan kepada individu yang mempertikaikan usaha mereka.  Dalam tugas penulis sebagai pegawai pemulihan, pernah satu ketika penulis berhadapan dengan salah seorang pelatih yang bersungguh menyatakan bahawa ganja itu tidak mengkhayalkan dan tidak menjejaskan dirinya malah membuatkan dirinya lebih hebat dan mampu untuk berfikir lebih baik berband

Ganja, Cannabinoids Dan Kanser - Bukti Setakat Ini

Image
Sejak akhir-akhir ini heboh diperkatakan dimedia-media sosial tentang cadangan untuk menghalalkan penggunaan ganja di Malaysia yang dicadangkan oleh seorang Ahli Parlimen Belia di negara ini. Terdapat pandangan yang menolak namun ada juga segelintir yang menyokong usaha ini. Rata-rata yang menyokong adalah dari kalangan remaja dan belia. Pelbagai alasan digunakan bagi menjustifikasikan pandangan mereka dan alasan yang paling banyak digunakan adalah ianya mempunyai potensi untuk tujuan perubatan terutama dalam merawat kanser. Memandangkan kurangnya kajian yang dijalankan di Malaysia tentang perkara ini, penulis telah membuat penyelidikan sendiri menggunakan internet dan menemui satu post internet yang terperinci dalam menjawab isu penggunaan ganja dalam merawat kanser. Penulis telah mengambil inisiatif untuk menterjemahkan artikel berkenaan supaya setiap yang membacanya dapat menilai sendiri penggunaan ganja dalam merawat kanser. Penghargaan kepada Cancer Research UK atas artikel y