Motivasi Dalam Kepulihan

Tanyakan kepada mana-mana individu yang ingin berhenti menagih, mengapa mereka ingin berhenti sekarang dan anda akan mendapat pelbagai jawapan yang berbeza:
  • Saya ditangkap, sama ada saya di sini atau penjara
  • Isteri saya kata jika tidak berhenti, kita akan bercerai.
  • Dulu saya rasa saya akan mati jika saya gunakan dadah. Saya tahu saya akan mati jika saya gunakannya semula.
  • Mereka akan mengambil anak-anak dari kami, kecuali saya berhenti menagih.
  • Saya telah menggunakan untuk 20 tahun, sekarang masanya untuk berubah.

Yang mana satu petikan yang membawa kepada kepulihan yang sebenar? Ianya adalah suatu yang logik untuk memikirkan bahawa mereka yang ingin berhenti sendiri akan lebih berjaya dalam kepulihan mereka berbanding mereka yang dipaksa oleh orang lain.

Walaubagaimanapun, ia mungkin tidak benar sama sekali. Kajian menunjukkan bahawa sebab-sebab mengapa mereka hendak berhenti tidak boleh meramal kejayaan seseorang itu akan kekal bebas dari dadah.

Apa yang membezakan sama ada mereka boleh hidup bebas dari pengggunaan dadah adalah berada dalam keadaan abstinence dalam tempoh masa yang cukup lama untuk membolehkan mereka merasai kebaikan dari perubahan gaya hidup. Bila hidup tidak dibelenggu dengan hutang, kepuasan dalam perhubungan, pekerjaan dan kesihatan yang semakin baik, orang dalam kepulihan akan mahu untuk kekal bebas dari dadah.

Comments

Popular posts from this blog

Pusat Pemulihan Dadah Swasta atau Persendirian di Malaysia

PRINSIP 12 LANGKAH

Apa itu Co-Dependency?