Kekal Sibuk
Penstrukturan dari segi masa merupakan perkara yang sangat penting dalam mengekalkan kepulihan dari penagihan dadah. Semasa seseorang individu terlibat dengan penagihan dadah, masa dipenuhi dengan aktiviti mendapatkan dadah dan khayal dengan dadah. Pengurusan masa tiada dalam kehidupan seorang penagih dadah.
Semasa kepulihan, seseorang individu perlu membuat jadual secara harian dan mingguan. Setiap aktiviti bermula dari bangun pagi sehingga tidur di waktu malam perlu dijadualkan. Selain jadual, perlu juga mencatat setiap aktiviti yang dilakukan dan trigger yang terpaksa mereka berjaya atasi. Kaedah terbaik adalah dengan menyimpan jurnal atau diari.
Bagi seorang penagih, masa lapang merupakan masa dimana mereka akan mencari jalan untuk mendapatkan dadah. Semasa di dalam kepulihan, masa senggang seharusnya diminimakan dan perlu diisi dengan aktiviti-aktiviti berfaedah.
Namun anda perlu berhati-hati, kerana terlalu banyak aktiviti boleh menyebabkan keletihan yang berkemungkinan akan menjadi pencetus kepada penagihan semula.
Comments