Kepulihan anda bermula disini

KEPULIHAN ANDA BERMULA DISINI - moto atau tagline di pusat pemulihan penagihan dadah. Pusat pemulihan menjadi tempat dimana mereka yang lama menagih akan berhenti dari menggunakan dadah. Namun persoalannya, sekiranya tiada paksaan adakah seseorang itu terutama di Malaysia akan memulakan pemulihan. Mungkin segelintir yang mempunyai kekuatan untuk mula membuat perubahan namun kebanyakannya sekiranya diberi pilihan mereka lebih rela untuk terus menagih. Bekalan ilmu yang diberikan di dalam pusat pemulihan boleh dijadikan strategi untuk kekal dalam pemulihan. Walaubagaimanapun, semua ilmu yang diberikan akan dilupakan sebaik sahaja melangkah keluar dari pusat pemulihan.

Sematkan dalam hati disinilah bermulanya perubahan ke arah lebih baik namun harus diingat segalanya tidak juga berakhir di sini.

Insya Allah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan..

Comments

Popular posts from this blog

Pusat Pemulihan Dadah Swasta atau Persendirian di Malaysia

PRINSIP 12 LANGKAH

TC di PUSPEN