Model Matrix


GAMBARAN KESELURUHAN MODEL MATRIX

Program ini memberi perhatian khusus kepada keluarga dan klien yang bergantung kepada dadah perangsang, khususnya methamphetamin dan kokain. Klien menghadiri beberapa sesi kaunseling dan sokongan secara intensif seperti berikut;

i. Sesi individu/ bersama keluarga (3 sesi)
ii. Sesi kelompok Kemahiran Kepulihan Awalan (8 sesi)
iii. Sesi Kelompok Pencegahan Relaps (32 sesi)
iv. Sesi kelompok Pendidikan Keluarga(12 sesi)
v. Sesi kelompok Sokongan Sosial (36 sesi)


KOMPONEN PROGRAM

SESI INDIVIDU/ BERSAMA KELUARGA


Sesi intervensi individu/bersama keluarga adalah untuk membentuk hubungan antara kaunselor dan klien. Setiap klien akan diletakkan di bawah seorang kaunselor. Kaunselor bertemu klien secara individu dan keluarga klien tiga kali semasa dalam rawatan. Setiap sesi mengambil masa 50 minit.

Sesi bersama keluarga melibatkan klien dan keluarga mereka atau orang yang menyokong dalam rawatan klien. Kaunselor yang ingin menggerakkan perubahan tingkahlaku klien tanpa mengambil kira hubungan kekeluargaan akan menyebabkan proses kepulihan menjadi sukar. Adalah sangat penting bagi kaunselor menyedari bagaimana proses kepulihan memberi kesan kepada sistem keluarga dan melibatkan ahli keluarga yang signifikan dalam sesi individu atau bersama keluarga.

Kandungan lembaran di dalam sesi ini adalah seperti berikut;

IC1 :Contoh Perjanjian dan Persetujuan
IC 2A : Senarai Semak Kepulihan
IC 2B : Carta Analisis Relaps
IC 3A : Penilaian Rawatan
IC 3B : Meneruskan Rancangan Rawatan
SCH 1: Kepentingan Menyediakan Jadual
SCH 2: Jadual Harian
CAL 1: Menanda Perkembangan
CAL 2: Kalender


SESI KELOMPOK KEMAHIRAN KEPULIHAN AWALAN

Dalam sesi ini klien akan menghadiri lapan sesi kelompok kemahiran kepulihan awalan. Sesi ini akan dijalankan sebanyak dua kali dalam sebulan pada 4 bulan pertama, ia melibatkan kelompok kecil (maksimum sepuluh orang ahli) dan sesi ini dijalankan lebih kurang 50 minit. Sesi ini dikendalikan bersama oleh kaunselor dan co-leader di kalangan klien yang telah stabil dalam kepulihannya. Ini adalah penting supaya kelompok sentiasa berstruktur dan tidak lari dari matlamat. Kaunselor perlu memfokus kepada beberapa topik dan isu tertentu.

Sesi kelompok kemahiran kepulihan awalan mengajar klien membina kemahiran bebas dari dadah. Terdapat dua asas dalam sesi tersebut:

i. Kelompok Kemahiran Kepulihan Awalan menyediakan strategi dan praktis untuk mengubah tingkah laku dan lebih senang untuk kekal bebas dadah.

ii. Rawatan profesional adalah salah satu sumber bagi mendapatkan maklumat dan sokongan. Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan faedah rawatan sepenuhnya klien digalakkan untuk mengikuti program Kelompok sokong bantu.

Teknik yang digunakan dalam kelompok kemahiran kepulihan awalan adalah fokus kepada tingkah laku dan bagaimana untuk melaksanakannya. Sesi ini lebih merupakan forum untuk kaunselor bekerja secara rapat dengan klien bagi membantu klien memulakan program Kepulihan Awalan.

Setiap kelompok Kepulihan Awalan mempunyai struktur yang jelas dan bermakna. Struktur dan rutin kelompok adalah penting untuk mengawal perasaan di luar kawalan serta membantu ahli baru mendapatkan maklumat.


Lembaran kerja dalam sesi ini adalah seperti berikut;

ERS 1A: Pencetus
ERS 1B: Pencetus–Fikiran–Gian–Guna
ERS 1C: Teknik “Thought Stopping”
ERS 2A: Soalselidik Pencetus Luaran
ERS 2B: Carta Pencetus Luaran
ERS 3A: Soalselidik Pencetus Dalaman
ERS 3B: Carta Pencetus Dalaman
ERS 4A: 12-Langkah – Pendahuluan
ERS 4B: Doa dan 12-Langkah Dari AA
ERS 5 : Peta Perjalanan Kepulihan
ERS 6A: 5 Cabaran Utama Dalam Kepulihan Awalan
ERS 6B: Perdebatan Alkohol
ERS 7A: Fikiran, Emosi dan Tingkahlaku
ERS 7B: Tingkahlaku Penagihan
ERS 8 : Pepatah 12-Langkah


SESI KELOMPOK PENCEGAHAN RELAPS

elompok Pencegahan Relaps adalah komponen utama dalam model Matrix. Sesi ini akan diadakan sebanyak 32 sesi pada tahap permulaan dan dijalankan selama 90 minit setiap sesi dengan memberi fokus kepada topik tertentu. Diadakan 2 minggu sekali bermula bulan pertama hingga bulan ke 16. Ia merupakan forum bagi perkongsian pengalaman, perbincangan pencegahan relaps dan menerima pertolongan dalam menangani isu kepulihan serta cara mengelakkan relaps. Kelompok pencegahan relaps adalah berasaskan kepada :

i. Relaps bukan peristiwa rambang
ii. Proses relaps mengikut pola yang boleh diramal.
iii. Tanda-tanda amaran relaps boleh dikenalpasti oleh pegawai pemulihan dan klien.

Antara isu-isu pencegahan relaps yang dibincangkan termasuklah:

i. Rasa bersalah dan malu
ii. Pengisian masa lapang
iii. Motivasi ke arah kepulihan
iv. Biar Bijak bukan Kuat
v. Trigger emosi

Lembaran kerja dalam sesi ini adalah seperti berikut;
RP 1: Alkohol
RP 2: Kebosanan
RP 3A: Mengelakkan Hanyutan Relaps
RP 3B: Carta Kepulihan Garisan Tambatan
RP 4: Kerja dan Kepulihan
RP 5: Perasaan Bersalah dan Malu
RP 6: Kekal Sibuk
RP 7: Motivasi untuk Pulih
RP 8: Kejujuran
RP 9: Bebas Dadah Sepenuhnya
RP 10: Seks dan Kepulihan
RP 11: Meramal dan Mencegah Relaps
RP 12: Kepercayaan
RP 13: Jadi Bijak Bukan Kuat
RP 14: Mendefinisikan Kerohanian
RP 15: Menguruskan Kehidupan: Menguruskan Kewangan
RP 16: Justifikasi Relaps 1
RP 17: Menjaga Diri Sendiri
RP 18: Pencetus Emosi
RP 19: Kesihatan
RP 20: Mengenalpasti Stress
RP 21: Justifikasi Relaps 2
RP 22: Mengurangkan Stress
RP 23: Menguruskan Kemarahan
RP 24: Penerimaan
RP 25: Mencari Sahabat Baru
RP 26: Memperbaiki Perhubungan
RP 27: Doa
RP 28: Tingkahlaku Kompulsif
RP 29: Daya Tindak Perasaan dan Tekanan
RP 30: Program 12-Langkah
RP 31: Menuju Ke Hadapan Mengurus Masa Suram
RP 32: Satu Perkara Pada Satu Masa
RP 33: Mimpi Dadah Semasa Kepulihan
RP Elective A: Semak Status Klien
RP Elective B: Perayaan dan Kepulihan
RP Elective A: Semak Status Klien
RP Elective B: Cuti Perayaan dan Kepulihan
RP Elective C: Aktiviti Rekreasi


SESI KELOMPOK PENDIDIKAN KELUARGA

Kelompok ini perlu dijalankan sebanyak 12 sesi dan dikendalikan selama 90 minit bagi setiap sesi. Diadakan sebulan sekali bermula bulan pertama hingga bulan ke 12. Kelompok menyediakan suasana yang selesa kepada klien dan keluarga. Antara maklumat yang disampaikan dalam sesi kelompok pendidikan keluarga meliputi pergantungan kepada methamphetamin dan penggunaan dadah lain serta alkohol, rawatan dan kepulihan, kesan penagihan kepada keluarga serta peranan keluarga dalam menyokong kepulihan klien. Sesi ini boleh dijalankan dalam bentuk slaid power point, perbincangan, persembahan panel atau pembentangan.

Kaunselor menjemput keluarga untuk menghadiri setiap sesi. Walaupun interaksi yang wujud antara klien dan keluarga selalunya negatif, namun pengalaman melalui rawatan matrix menunjukkan ahli keluarga adalah sebahagian proses kepulihan sama ada mereka terlibat dengan aktiviti rawatan ataupun tidak. Kejayaan rawatan meningkat sekiranya ahli keluarga diberi pendidikan dan kefahaman yang jelas tentang penagihan dan kepulihan. Bahan-bahan pengajaran terdapat di dalam Manual Pendidikan Keluarga.

Ringkasan Sesi-Sesi Pendidikan Keluarga;

No. Sesi, tajuk dan jenis sesi kandungan

1 Trigger dan Gian Pembentangan menerusi Power Point Peserta mempelajari tindak balas kimia di dalam otak dan bagaimana trigger dan gian berhubung kait dengan penagihan

2 Alkohol dan Kepulihan Pembentangan menerusi power point Peserta mempelajari sifat-sifat dan kelaziman penggunaan alkohol dan juga bahaya kepada kesihatan dan kepulihan.

3 Kepulihan Pembentangan panel Peserta belajar mengenai cabaran-cabaran dan faedah kepulihan daripada mereka yang sedang berada dalam kepulihan. Peserta juga belajar mengenali program 12-Langkah dan lain-lain kelompok sokong bantu.

4 Methamphetamine dan Kokain Pembentangan menerusi power point Peserta belajar mengenai sifat-sifat dan kelaziman methamphetamine dan kokain termasuk juga bahaya yang diundang terhadap kesihatan dan kepulihan.

5 Laluan kepulihan Pembentangan menerusi power point Peserta mempelajari risiko relaps yang bakal ditempuhi dalam setiap empat tahap kepulihan

6 Menghadapi Kemungkinan Relaps Perbincangan menerusi kelompok pelbagai keluarga Peserta menerokai perasaan dan keperluan masing-masing di dalam menangani penagihan semula dan mempelajari cara-cara dan strategi untuk menanganinya.

7 Opioid dan Dadah Rekreasi Pembentangan menerusi power point Peserta mempelajari sifat-sifat dan kelaziman heroin dan dadah rekreasi. Mereka juga belajar mengenai bahayanya terhadap kesihatan dan kepulihan disebabkan oleh penggunaan heroin, GHB, rohypnol, LSD dan ecstasy.

8 Keluarga dalam kepulihan Pembentangan menerusi power point Peserta belajar mengenai proses kepulihan dan bagaimana hendak menangani relaps.

9 Membina semula kepercayaan Pembentangan kelompok pelbagai keluarga Peserta meneroka kepentingan kejujuran dalam kepulihan dan bagaimana untuk mula memperbaiki perhubungan yang telah rosak.

10 Marijuana Pembentangan menerusi power point Peserta belajar mengenai sifat-sifat dan kelaziman marijuana termasuklah kesan buruk kepada kesihatan dan kepulihan.

11 Hidup dengan penagihan Perbincangan kelompok pelbagai keluarga Peserta menerokai cara-cara di mana kepulihan dapat mengubah kehidupan berkeluarga dan berbincang mengenai strategi-strategi dan cabaran-cabarannya.

12 Perangkap komunikasi Perbincangan kelompok pelbagai keluarga Peserta menerokai tentang pentingnya berkomunikasi dalam perhubungan yang sihat dan juga masalah-masalah yang boleh menghalang komunikasi.


SESI KELOMPOK SOKONGAN SOSIAL

Klien mula menghadiri sesi Kelompok Sokongan Sosial pada bulan terakhir sebelum tamat rawatan primer dan terus mengikuti sesi ini sekali seminggu selama 36 minggu dalam jagaan berterusan. Dalam sesi ini juga kelompok sokong bantu akan membantu klien belajar atau mempelajari semula kemahiran sosial. Di samping itu, klien mempelajari bagaimana untuk berhenti menggunakan dadah dan cara-cara untuk mengelakkan relaps. Klien bersedia membina gaya hidup bebas dadah untuk menyokong kepulihan diri klien. Pada sesi ini klien mempelajari proses sosialisasi semula melalui ahli-ahli lain. Ahli-ahli yang lebih berpengalaman bertindak sebagai role model dalam kelompok sokong bantu. Kelompok dipimpin oleh kaunselor dan kadang kala boleh dipecahkan kepada kumpulan perbincangan kecil yang dipimpin oleh klien-fasilitator, iaitu seorang klien yang telah stabil dalam kepulihannya yang pernah bertindak sebagai co-leader dan mempunyai komitmen untuk membantu kaunselor bagi tempoh enam bulan.

Sesi ini memberi fokus kepada isu-isu kepulihan yang dialami oleh ahli-ahli sendiri. Di antara isu-isu yang dibincangkan ialah:
i. Kesabaran (Patience)
ii. Keintiman (Intimacy)
iii. Pengasingan (Isolation)
iv. Penolakan (Rejection)
v. Pekerjaan (Work)

sumber: AADK

Comments

Popular posts from this blog

Pusat Pemulihan Dadah Swasta atau Persendirian di Malaysia

PRINSIP 12 LANGKAH

Apa itu Co-Dependency?