TC di PUSPEN

1. Definisi Therapeutic Community (TC)

Terapi Kekeluargaan adalah satu proses sosialisasi untuk menolong penghuni menerima semula realiti dan dapat mengubah tingkahlaku atau sikap ahli dalam kumpulan dan komuniti secara keseluruhannya. Proses menolong ini boleh dilakukan secara individu dan juga berkelompok. Walau bagaimanapun cara berkelompok adalah lebih berkesan kerana ia menggerakkan setiap individu untuk berubah, menerima, bertolak ansur dan sebagainya. Suasana pemulihan yang kondusif yang lahir daripada sistem dan elemen kekeluargaan terbukti banyak membantu mempercepatkan proses perubahan dan kepulihan di kalangan pengguna dadah.

2. Objektif TC

a) Merawat dan memulihkan pengguna dadah supaya bebas dari pergantungan fizikal dan psikologikal terhadap dadah.

b) Membawa perubahan nilai, sikap, tingkahlaku dan menstrukturkan semula personaliti pengguna dadah sesuai dengan tuntutan agama dan norma masyarakat.

c) Membantu pengguna dadah membina dan mengamalkan gaya hidup sihat.

d) Mengintegrasi semula pengguna dadah ke dalam masyarakat sebagai anggota yang, berguna dan produktif.


3. Komponen Program Rawatan dan Pemulihan Menggunakan TC

(a) Pengurusan dan Pembentukan Tingkahlaku

i. Latihan Pemulihan Fizikal dan Displin
ii. Sukan dan Riadah
iii. Pra-Mesyuarat pagi (Pre-Morning Meeting)
iv. Mesyuarat Pagi (Morning Meeting)
v. Nasihat Individu (Spoken to)
vi. Teguran ringan dan dendaan (Dealt With)
vii. Teguran dan Dendaan Berat (Hair cut)
viii. Kelompok Konfrontasi Rakan Sebaya (Peer Confrontation)
ix. Kelompok Pengurusan Perasaan (Encounter Group)
x. Mesyuarat Rumah (House Meeting)
xi. Mesyuarat Utama (General Meeting)
xii. ‘On Chair’
xiii. Kerusi Harapan (Prospect Chair)
xiv. Aktiviti Pengalaman Pembelajaran (Learning Experience)
xv. Temuduga Awalan (Initial Interview)
xvi. Temuduga/Penilaian semula (Re-assessment)
xvii. Sesi Penilaian (Evaluation)
xviii. Pemantapan Rumah (Tight House)
xix. Rumusan Harian (Daily Wrap-Up)
xx. Rumusan Mingguan (Weekend Wrap-up)

b) Perkembangan Intelektual

i. Pendidikan Sivik dan Tatanegara
ii. Penghayatan Falsafah Teras
iii. Penghayatan Falsafah Tersirat
iv. Seminar

c) Perkembangan Emosi Dan Tingkahlaku

(i) Kaunseling dan Bimbingan (individu, kelompok dan keluarga)
(ii) Kelompok perkongsian pelbagai isu seperti isu penderaan, isu-isu jantina dan
isu tekanan menghadapi kehilangan orang yang dikasihi
(iii) Kelompok Statik
(iv) Bengkel ‘Art Feeling’
(v) Kelompok Lanjutan (Extended)
(vi) Kelompok Marathon
(vii) Kelompok Perkongsian Ahli Keluarga Baru (Bawah 3 bulan)
(viii) Kelompok Perkongsian Pengalaman Pembelajaran (Learning Experience)
(ix) Kelompok Perkongsian HIV/AIDS




d) Latihan Vokasional dan Kemahiran Hidup

(i) Latihan Kemahiran
(ii) Integrasi semula ke dalam masyarakat
(iii) Hirarki dalam struktur rumah dan struktur lantai
(iv) Sistem fasa
(v) Kemahiran vokasional melalui tugasan projek
(vi) Kelompok Latihan Kemahiran Hidup (Pengurusan masa/wang,
Penyelesaian masalah, pengurusan stres dan sebagainya)
(vii) Mesyuarat Department.

e) Pendidikan Agama
i) Memberi kefahaman mengenai asas pendidikan agama Islam
ii) Celik al-Quran
iii) Baiki & kukuh akidah
iv) Pendidikan Agama dan Moral
v) Kelas-Kelas Akademik
vi) Aktiviti Keagamaan (Usrah, Kelas Fardu Ain, kelas Al-Quran, Qiamullail)

f) Kebajikan dan Kesihatan
i) Menguruskan kebajikan dan bantuan kepada kes dan keluarga
j) Rawatan Perubatan dan Kesihatan
ii) Kelompok Kesedaran Kesihatan
iii) Pemeriksaan kesihatan
iv) Pendidikan kesihatan
v) Ujian HIV & AIDS


4. SISTEM FASA DALAM PROGRAM TC

4.1 Sistem fasa Program Terapi Kekeluargaan ditetapkan seperti berikut :-

(a) Orientasi/Induksi (1 – 2 bulan)

(i) Penghuni melalui ‘On Chair’
(ii) Temuduga Awalan
(iii) Mengikuti Kelas Induksi
(iv) Melalui Sesi Penilaian

Dalam fasa ini, pergerakan penghuni adalah terhad, diberi tugas- tugas ringan sahaja, dibimbing dan diawasi dengan rapi oleh mentornya.

b) Pemulihan Teras (Core-Treatment) ( 8 bulan)

(i) Menjalani program mengikut jadual harian;
(ii) Menggunakan alat-alat terapi (tools);
(iii) Belajar dan mengamalkan norma dan nilai kekeluargaan;
(iv) Diberi tugasan di dalam ‘department’ tertentu;
(v) Diberi peluang memegang posisi di dalam struktur hirarki;
(vi) Belajar menghadapi isu-isu peribadi dan sosial dalam sesi terapi;
(vii) Belajar memberi dan menerima pertolongan;
(viii) Belajar kemahiran pencegahan penagihan semula (relapse prevention);
(ix) Diberi pengetahuan dan kesedaran tentang kesihatan; dan
(x) Sesi Penilaian

Dalam fasa ini, penghuni mempelajari pelbagai kemahiran kepulihan dan penyesuaian sosial dalam persekitaran pemulihan yang lebih terbuka dan kondusif.

(c) Pra-Bebas (Pre Reentry) ( 2 – 3 bulan)

(i) Mengikuti aktiviti kelompok khas;
(ii) Didedahkan kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan;
(iii) Memantapkan perhubungan dengan keluarga;
(iv) Membina jaringan sokongan sosial;
(v) Menghadiri Kursus Persediaan Pra-Bebas;
(vi) Meneroka peluang-peluang pendidikan dan kerjaya; dan
(vii) Menjalani sesi temuduga sebelum pembebasan

Dalam fasa ini, penghuni dikenali sebagai ‘Older Member’ dan berperanan sebagai ‘Role Model’ kepada penghuni lain.




c) Re-entry ( 3 – 6 bulan)

Tahap Pertama

(i) Tempohnya ialah 1 – 2 bulan (Percubaan)
(ii) Perlu mengikuti Kelompok Khas;
(iii) Menghadiri sesi-sesi yang ditetapkan;
(iv) Tidak dibenarkan bekerja di luar;
(v) Dibenarkan bercuti dan ‘outing’; dan
(vi) Membantu mengendalikan Program


Tahap Kedua

(i) Tempohnya ialah 4 bulan ;
(ii) Dibenarkan bekerja di luar dan tinggal di dalam fasiliti;
(iii) Perlu menghadiri Kelompok Sokong Bantu;
(iv) Dibenarkan bercuti dan ‘outing’;
(v) Membantu mengendalikan program;
(vi) Menghadiri sesi-sesi yang ditetapkan; dan
(vii) Pengawasan oleh Pegawai AADK Daerah

Tahap Ketiga

(i) Sehingga tamat tempoh Pengawasan;
(ii) Bekerja dan tinggal di luar fasiliti ;
(iii) Menghadiri Kelompok Sokong Bantu;
(iv) Pengawasan oleh Pegawai AADK Daerah

Penghuni-penghuni yang telah tamat menjalani Program Pra Bebas dan telah bersedia untuk dibebaskan juga boleh terus mengikuti Program Pengawasan dalam komuniti tanpa mengikuti Program Re- entry.

Comments

Popular posts from this blog

Pusat Pemulihan Dadah Swasta atau Persendirian di Malaysia

PRINSIP 12 LANGKAH

Apa itu Co-Dependency?