Posts

Showing posts from 2018

Motivasi Dalam Kepulihan

Image
Tanyakan kepada mana-mana individu yang ingin berhenti menagih, mengapa mereka ingin berhenti sekarang dan anda akan mendapat pelbagai jawapan yang berbeza: Saya ditangkap, sama ada saya di sini atau penjara Isteri saya kata jika tidak berhenti, kita akan bercerai. Dulu saya rasa saya akan mati jika saya gunakan dadah. Saya tahu saya akan mati jika saya gunakannya semula. Mereka akan mengambil anak-anak dari kami, kecuali saya berhenti menagih. Saya telah menggunakan untuk 20 tahun, sekarang masanya untuk berubah. Yang mana satu petikan yang membawa kepada kepulihan yang sebenar? Ianya adalah suatu yang logik untuk memikirkan bahawa mereka yang ingin berhenti sendiri akan lebih berjaya dalam kepulihan mereka berbanding mereka yang dipaksa oleh orang lain. Walaubagaimanapun, ia mungkin tidak benar sama sekali. Kajian menunjukkan bahawa sebab-sebab mengapa mereka hendak berhenti tidak boleh meramal kejayaan seseorang itu akan kekal bebas dari dadah. Apa yang membezak

Kepulihan anda bermula disini

Image
KEPULIHAN ANDA BERMULA DISINI - moto atau tagline di pusat pemulihan penagihan dadah. Pusat pemulihan menjadi tempat dimana mereka yang lama menagih akan berhenti dari menggunakan dadah. Namun persoalannya, sekiranya tiada paksaan adakah seseorang itu terutama di Malaysia akan memulakan pemulihan. Mungkin segelintir yang mempunyai kekuatan untuk mula membuat perubahan namun kebanyakannya sekiranya diberi pilihan mereka lebih rela untuk terus menagih. Bekalan ilmu yang diberikan di dalam pusat pemulihan boleh dijadikan strategi untuk kekal dalam pemulihan. Walaubagaimanapun, semua ilmu yang diberikan akan dilupakan sebaik sahaja melangkah keluar dari pusat pemulihan. Sematkan dalam hati disinilah bermulanya perubahan ke arah lebih baik namun harus diingat segalanya tidak juga berakhir di sini. Insya Allah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan..

Kekal Sibuk

Image
Penstrukturan dari segi masa merupakan perkara yang sangat penting dalam mengekalkan kepulihan dari penagihan dadah. Semasa seseorang individu terlibat dengan penagihan dadah, masa dipenuhi dengan aktiviti mendapatkan dadah dan khayal dengan dadah. Pengurusan masa tiada dalam kehidupan seorang penagih dadah. Semasa kepulihan, seseorang individu perlu membuat jadual secara harian dan mingguan. Setiap aktiviti bermula dari bangun pagi sehingga tidur di waktu malam perlu dijadualkan. Selain jadual, perlu juga mencatat setiap aktiviti yang dilakukan dan trigger yang terpaksa mereka berjaya atasi. Kaedah terbaik adalah dengan menyimpan jurnal atau diari. Bagi seorang penagih, masa lapang merupakan masa dimana mereka akan mencari jalan untuk mendapatkan dadah. Semasa di dalam kepulihan, masa senggang seharusnya diminimakan dan perlu diisi dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Namun anda perlu berhati-hati, kerana terlalu banyak aktiviti boleh menyebabkan keletihan yang berkemungkinan akan me

Pekerjaan dan Kepulihan Dadah

Image
Pekerjaan boleh dianggap sebagai keperluan utama kepada seorang individu dewasa. Tanpa pekerjaan akan menyebabkan seseorang itu tiada sumber pendapatan, dan tanpa sumber pendapatan akan menyebabkan  keperluan asas lain tidak dapat dipenuhi antaranya seperti keperluan tempat tinggal, pengangkutan dan makan minum. Bagi mereka yang normal, untuk mendapatkan pekerjaan juga kadangkala sesuatu yang mencabar, malah ianya akan menjadi lebih mencabar sekiranya individu berkenaan sedang dalam proses pemulihan dari kebergantungan kepada dadah. Seringkali isu pekerjaan dijadikan sebagai punca untuk seseorang itu menggunakan semula dadah dan berhenti dari mengikuti program rawatan dan pemulihan. Alasan yang diberikan seperti, tiada masa untuk hadir mengikuti program yang diaturkan. Kadangkala pekerjaan yang dilakukan juga merupakan pencetus kepada penagihan dadah. Disebabkan oleh hubungan yang kuat antara penagihan dengan pekerjaan tersebut contohnya bekerja di kelab malam yang terdedah de