Motivasi Dalam Kepulihan
Tanyakan kepada mana-mana individu yang ingin berhenti menagih, mengapa mereka ingin berhenti sekarang dan anda akan mendapat pelbagai jawapan yang berbeza: Saya ditangkap, sama ada saya di sini atau penjara Isteri saya kata jika tidak berhenti, kita akan bercerai. Dulu saya rasa saya akan mati jika saya gunakan dadah. Saya tahu saya akan mati jika saya gunakannya semula. Mereka akan mengambil anak-anak dari kami, kecuali saya berhenti menagih. Saya telah menggunakan untuk 20 tahun, sekarang masanya untuk berubah. Yang mana satu petikan yang membawa kepada kepulihan yang sebenar? Ianya adalah suatu yang logik untuk memikirkan bahawa mereka yang ingin berhenti sendiri akan lebih berjaya dalam kepulihan mereka berbanding mereka yang dipaksa oleh orang lain. Walaubagaimanapun, ia mungkin tidak benar sama sekali. Kajian menunjukkan bahawa sebab-sebab mengapa mereka hendak berhenti tidak boleh meramal kejayaan seseorang itu akan kekal bebas dari dadah. Apa yang membezak