Posts

Fakta mudah dan ringkas penyalahgunaan dadah

Image
Berikut adalah dua video informatif yang ringkas dan mudah untuk difahami berkaitan penyalahgunaan dadah. Mari kita tonton bersama... Sesiapa sahaja boleh menjadi penagih dadah. Kenapa sukar untuk seseorang berhenti menagih dadah?

NMASSIST: Soalselidik online bagi mengesan tahap penyalahgunaan bahan

NMASSIST merupakan alat ujian atau soalselidik yang digunakan bagi mengesan tahap penyalahgunaan bahan dan bentuk rawatan yang diperlukan. NMASSIST merupakan singkatan bagi NIDA Modified Alcohol, Smoking, Substance Involvement Screening Test. Ianya diambil dari soalselidik ASSIST yang dibangunkan oleh WHO yang kemudiannya diubahsuai oleh NIDA dan dibentukkan secara online bertujuan untuk digunakan oleh orang ramai dalam melihat tahap keseriusan penyalahgunaan bahan yang dialami. Penggunaan alat ujian ini akan dapat memudahkan mereka yang ingin mengetahui kepeluan rawatan dan pemulihan terhadap penagihan bahan yang dialami tanpa perlu berasa malu untuk memulakan langkah mendapatkan rawatan. Bagi menguji tahap penyalahgunaan bahan yang anda alami dan keperluan rawatan yang diperlukan sila klik pada link berikut: NMASSIST

Project Half

Image
Project Half  merupakan projek fotografi oleh seorang jurugambar dari London bernama Roman Sakovich yang bertujuan untuk menggambarkan kesan sebelum dan selepas penyalahgunaan dadah. Ianya menggambarkan bahawa masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk golongan profesional. Gambar-gambar ini menunjukkan pilihan hidup yang akan dilalui sekiranya seseorang itu memilih atau tidak memilih menagih dadah. Pilihan adalah pada diri anda! Sumber: http://www.romansakovich.co.uk/work/half/

Random anti drugs adverts...

Image
Freakyyy...

Merawat penagihan menggunakan rotan??

Image
Mungkin kedengaran seperti sesuatu yang pelik memandangkan rotan selalunya dikaitkan sebagai satu bentuk hukuman terutama di pusat-pusat tahanan di Malaysia. Namun di Siberia, kaedah merotan pesakit digunakan untuk merawat masalah penagihan dadah. Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan akan menerima antara 30 hingga 60 kali sebatan rotan. Kaedah ini menurut pengamalnya dan mereka yang telah mengikutinya dikatakan berkesan dan mampu memulihkan masalah penagihan. Untuk maklumat lanjut boleh merujuk pada sumber berikut: Beating addiction literally

Kaedah terkini merawat penagihan opiat dan alkohol: VIVITROL

Image
Vivitrol merupakan kaedah terkini yang digunakan oleh Amerika Syarikat dalam usaha merawat pulih penagihan dadah. Ianya diberikan didalam bentuk suntikan kepada penagih dan dapat bertahan selama sebulan untuk suntikan seterusnya. Walaubagaimanapun, kos untuk rawatan ini adalah sangat mahal iaitu USD 1000 bagi setiap suntikan dirasakan ianya tidak akan dapat diperolehi di Malaysia. Selain itu, pemulihan secara psikososial juga adalah penting untuk menjamin keberkesanan rawatan ini. Diharap kajian yang berterusan akan dapat meningkatkan keberkesanan kaedah rawatan ini dan mengurangkan kos pelaksanaannya supaya ianya mampu untuk digunakan oleh semua kelompok masyarakat yang mempunyai masalah penagihan dadah dan alkohol.

Hari-hari terakhir seorang penagih di China

Image
Hari-hari terakhir penagih dadah Wu Guilin Di daerah lama Huidong di wilayah Guangdong, China, seorang wartawan telah merakamkan selama 19 hari, saat terakhir kehidupan seorang penagih dadah penagih bernama Wu Guilin. Satu petang April dalam Huidong daerah Guangdong, Guilin Wu seorang penagih dadah bersendirian di rumah usang menunggu untuk mati, pihak hospital telah memaklumkan kepadanya bahawa dia tidak lagi boleh dirawat. Satu hari beberapa malam yang lalu, Guilin Wu mengalami satu episod sakit yang teramat sangat, menyebabkan beliau  membakar barangan di rumahnya dalam usaha untuk mendapatkan bantuan, dengan abu hitam yang masih kekal di atas lantai. Cuaca Guangdong pada bulan April adalah sangat panas, jadi Guilin Wu telah membuka bajunya, mendedahkan tatu di belakangnya: helang dengan bahagian sayap yang belum siap. Tengahari 22 April, Wu Guilin, dengan separuh bogel, muncul di sebuah bangunan lama yang akan dirobohkan di Lianhua Road dala...