Posts

MENGATASI TRIGGER

Image
Bagi mengatasi keinginan terhadap dadah atau trigge r, cara yang terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan mengalihkan pemikiran kepada perkara lain. Di sini saya masukkan empat teknik mudah bagi mengatasi trigger iaitu menggunakan teknik "Thought Stopping"; HUBUNGI SESEORANG Bercakap dengan orang lain membolehkan seseorang itu ‘mendengar’ proses pemikiran mereka. Mereka yang berada didalam pemulihan seharusnya membawa bersama nombor telefon individu yang menyokong mereka termasuklah nombor telefon ahli keluarga sekiranya sokongan diperlukan. RELAKSASI T arik nafas dalam-dalam (memenuhi paru-paru dengan udara) dan perlahan-lahan lepaskan nafas. Ulang proses ini sebanyak tiga kali dan rehatkan badan untuk beberapa minit. Proses ini boleh diulangi apabila perasaan itu kembali. MERENTAP GELANG GETAH Apabila keinginan atau fikiran untuk menggunakan dadah muncul, rentap gelang getah dengan kuat dan laungkan perkatan ’’TIDAK“ (kuat atau pe...

Trigger/ Pencetus

Jenis -Jenis Trigger Trigger boleh dikaitkan dengan :- Manusia Tempat Benda (objek) Keadaan masa Keadaan emosi Trigger yang ada kaitan dengan manusia adalah seperti; Kawan yang menggunakan dadah Pengedar dadah Orang yang signifikan dan tinggal keseorangan Ajakan daripada rakan penagih Rakan penagih yang mempunyai hubungan dengan aktiviti seks Orang yang suka berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan dadah secara positif. Trigger yang ada kaitan dengan tempat adalah seperti; Tempat pengedaran dadah Kelab-kelab dan bar Kawasan-kawasan penggunaan dadah/ port Tempat kerja Lorong-lorong jalan Mana-mana tempat yang berhubung dengan penggunaan dadah Trigger yang ada kaitan dengan objek atau benda-benda termasuk :- Perkakas untuk kegunaan dadah (paraphenalia) Wang/ Kad ATM Rancangan tv yang menggambarkan penggunaan dadah dan alkohol Wayang gambar dan majalah lucah Lagu/muzik yang mengaitkan tentang penggunaan dadah Menggunakan alkohol Trigger yang...

TC di PUSPEN

1. Definisi Therapeutic Community (TC) Terapi Kekeluargaan adalah satu proses sosialisasi untuk menolong penghuni menerima semula realiti dan dapat mengubah tingkahlaku atau sikap ahli dalam kumpulan dan komuniti secara keseluruhannya. Proses menolong ini boleh dilakukan secara individu dan juga berkelompok. Walau bagaimanapun cara berkelompok adalah lebih berkesan kerana ia menggerakkan setiap individu untuk berubah, menerima, bertolak ansur dan sebagainya. Suasana pemulihan yang kondusif yang lahir daripada sistem dan elemen kekeluargaan terbukti banyak membantu mempercepatkan proses perubahan dan kepulihan di kalangan pengguna dadah. 2. Objektif TC a) Merawat dan memulihkan pengguna dadah supaya bebas dari pergantungan fizikal dan psikologikal terhadap dadah. b) Membawa perubahan nilai, sikap, tingkahlaku dan menstrukturkan semula personaliti pengguna dadah sesuai dengan tuntutan agama dan norma masyarakat. c) Membantu pengguna dadah membina dan mengamalkan gaya hidup sihat. d) Men...

Model Matrix

Image
GAMBARAN KESELURUHAN MODEL MATRIX Program ini memberi perhatian khusus kepada keluarga dan klien yang bergantung kepada dadah perangsang, khususnya methamphetamin dan kokain. Klien menghadiri beberapa sesi kaunseling dan sokongan secara intensif seperti berikut; i. Sesi individu/ bersama keluarga (3 sesi) ii. Sesi kelompok Kemahiran Kepulihan Awalan (8 sesi) iii. Sesi Kelompok Pencegahan Relaps (32 sesi) iv. Sesi kelompok Pendidikan Keluarga(12 sesi) v. Sesi kelompok Sokongan Sosial (36 sesi) KOMPONEN PROGRAM SESI INDIVIDU/ BERSAMA KELUARGA Sesi intervensi individu/bersama keluarga adalah untuk membentuk hubungan antara kaunselor dan klien. Setiap klien akan diletakkan di bawah seorang kaunselor. Kaunselor bertemu klien secara individu dan keluarga klien tiga kali semasa dalam rawatan. Setiap sesi mengambil masa 50 minit. Sesi bersama keluarga melibatkan klien dan keluarga mereka atau orang yang menyokong dalam rawatan klien. Kaunselor yang ingin menggerakkan perubahan tingkahlaku kl...

PRINSIP 12 LANGKAH

Image
Pemulihan Penagihan Semula Dadah Melalui program Kumpulan Rakan Sebaya Pemulihan Penagihan Dadah LANGKAH PERTAMA Kami mengaku kami hilang kuasa ke atas dadah sehingga hidup kami menjadi sengsara. a. Saya ada masalah dengan dadah b. Dadah secara beransur menyebabkan hidup saya sengsara dan menyebabkan masalah kepada saya. Saya telah kehilangan daya untuk mengawal penggunaan dadah dan cara yang logik adalah terus berhenti daripada dadah. PENAFIAN (DENIAL) Penafian adalah satu makna yang digunakan apabila seseorang klien tidak dapat menerima batas-batas yang ada pada nya. Masalah utama adalah susah untuk menerima kenyataan bahawa beliau mempunyai batas tertentu yang merupakan satu yang pahit untuk diterima. Akibatnya seseorang itu akan merasa marah, risau, malu, sedih atau bersalah. Perasaan ini adalah menyakitkan dan individu itu akan cuba untuk mengelak perasaan ini timbul dan mengelak dari menerima kenyataan batas yang ada pada nya Beberapa bentuk “penafian”: a. Tidak mahu menerima ken...