Posts

Hari-hari terakhir seorang penagih di China

Image
Hari-hari terakhir penagih dadah Wu Guilin Di daerah lama Huidong di wilayah Guangdong, China, seorang wartawan telah merakamkan selama 19 hari, saat terakhir kehidupan seorang penagih dadah penagih bernama Wu Guilin. Satu petang April dalam Huidong daerah Guangdong, Guilin Wu seorang penagih dadah bersendirian di rumah usang menunggu untuk mati, pihak hospital telah memaklumkan kepadanya bahawa dia tidak lagi boleh dirawat. Satu hari beberapa malam yang lalu, Guilin Wu mengalami satu episod sakit yang teramat sangat, menyebabkan beliau  membakar barangan di rumahnya dalam usaha untuk mendapatkan bantuan, dengan abu hitam yang masih kekal di atas lantai. Cuaca Guangdong pada bulan April adalah sangat panas, jadi Guilin Wu telah membuka bajunya, mendedahkan tatu di belakangnya: helang dengan bahagian sayap yang belum siap. Tengahari 22 April, Wu Guilin, dengan separuh bogel, muncul di sebuah bangunan lama yang akan dirobohkan di Lianhua Road dala...

Pusat Pemulihan Dadah Mewah di Dunia

Image
Pusat pemulihan antara termewah di dunia di Promises  Malibu, California. I anya merupakan pusat pemulihan dadah persendirian yang menawarkan perkhidmatan merawat pulih penagih dadah dikalangan selebriti-selebriti dan orang-orang kaya. Kemudahan yang terdapat di pusat ini sememangnya tidak boleh dibandingkan dengan apa yang ada di negara kita yang menawarkan rawatan dan pemulihan secara percuma oleh kerajaan Malaysia. Kaedah rawatan juga menggunakan teknik dan peralatan terkini seperti penggunaan neurofeedback.. Di pusat ini bayaran dikenakan sebanyak USD$33,000 sebulan untuk seorang. Antara selebriti yang pernah mendapatkan rawatan di sini adalah seperti  Ben Affleck, Robert Downey Jr., Charlie Sheen, Tommy Lee, Matthew Perry dan banyak lagi.. Mari kita lihat sendiri...

MENGATASI TRIGGER

Image
Bagi mengatasi keinginan terhadap dadah atau trigge r, cara yang terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan mengalihkan pemikiran kepada perkara lain. Di sini saya masukkan empat teknik mudah bagi mengatasi trigger iaitu menggunakan teknik "Thought Stopping"; HUBUNGI SESEORANG Bercakap dengan orang lain membolehkan seseorang itu ‘mendengar’ proses pemikiran mereka. Mereka yang berada didalam pemulihan seharusnya membawa bersama nombor telefon individu yang menyokong mereka termasuklah nombor telefon ahli keluarga sekiranya sokongan diperlukan. RELAKSASI T arik nafas dalam-dalam (memenuhi paru-paru dengan udara) dan perlahan-lahan lepaskan nafas. Ulang proses ini sebanyak tiga kali dan rehatkan badan untuk beberapa minit. Proses ini boleh diulangi apabila perasaan itu kembali. MERENTAP GELANG GETAH Apabila keinginan atau fikiran untuk menggunakan dadah muncul, rentap gelang getah dengan kuat dan laungkan perkatan ’’TIDAK“ (kuat atau pe...

Trigger/ Pencetus

Jenis -Jenis Trigger Trigger boleh dikaitkan dengan :- Manusia Tempat Benda (objek) Keadaan masa Keadaan emosi Trigger yang ada kaitan dengan manusia adalah seperti; Kawan yang menggunakan dadah Pengedar dadah Orang yang signifikan dan tinggal keseorangan Ajakan daripada rakan penagih Rakan penagih yang mempunyai hubungan dengan aktiviti seks Orang yang suka berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan dadah secara positif. Trigger yang ada kaitan dengan tempat adalah seperti; Tempat pengedaran dadah Kelab-kelab dan bar Kawasan-kawasan penggunaan dadah/ port Tempat kerja Lorong-lorong jalan Mana-mana tempat yang berhubung dengan penggunaan dadah Trigger yang ada kaitan dengan objek atau benda-benda termasuk :- Perkakas untuk kegunaan dadah (paraphenalia) Wang/ Kad ATM Rancangan tv yang menggambarkan penggunaan dadah dan alkohol Wayang gambar dan majalah lucah Lagu/muzik yang mengaitkan tentang penggunaan dadah Menggunakan alkohol Trigger yang...

TC di PUSPEN

1. Definisi Therapeutic Community (TC) Terapi Kekeluargaan adalah satu proses sosialisasi untuk menolong penghuni menerima semula realiti dan dapat mengubah tingkahlaku atau sikap ahli dalam kumpulan dan komuniti secara keseluruhannya. Proses menolong ini boleh dilakukan secara individu dan juga berkelompok. Walau bagaimanapun cara berkelompok adalah lebih berkesan kerana ia menggerakkan setiap individu untuk berubah, menerima, bertolak ansur dan sebagainya. Suasana pemulihan yang kondusif yang lahir daripada sistem dan elemen kekeluargaan terbukti banyak membantu mempercepatkan proses perubahan dan kepulihan di kalangan pengguna dadah. 2. Objektif TC a) Merawat dan memulihkan pengguna dadah supaya bebas dari pergantungan fizikal dan psikologikal terhadap dadah. b) Membawa perubahan nilai, sikap, tingkahlaku dan menstrukturkan semula personaliti pengguna dadah sesuai dengan tuntutan agama dan norma masyarakat. c) Membantu pengguna dadah membina dan mengamalkan gaya hidup sihat. d) Men...

Model Matrix

Image
GAMBARAN KESELURUHAN MODEL MATRIX Program ini memberi perhatian khusus kepada keluarga dan klien yang bergantung kepada dadah perangsang, khususnya methamphetamin dan kokain. Klien menghadiri beberapa sesi kaunseling dan sokongan secara intensif seperti berikut; i. Sesi individu/ bersama keluarga (3 sesi) ii. Sesi kelompok Kemahiran Kepulihan Awalan (8 sesi) iii. Sesi Kelompok Pencegahan Relaps (32 sesi) iv. Sesi kelompok Pendidikan Keluarga(12 sesi) v. Sesi kelompok Sokongan Sosial (36 sesi) KOMPONEN PROGRAM SESI INDIVIDU/ BERSAMA KELUARGA Sesi intervensi individu/bersama keluarga adalah untuk membentuk hubungan antara kaunselor dan klien. Setiap klien akan diletakkan di bawah seorang kaunselor. Kaunselor bertemu klien secara individu dan keluarga klien tiga kali semasa dalam rawatan. Setiap sesi mengambil masa 50 minit. Sesi bersama keluarga melibatkan klien dan keluarga mereka atau orang yang menyokong dalam rawatan klien. Kaunselor yang ingin menggerakkan perubahan tingkahlaku kl...