Senarai Filem Berkaitan Penagihan dan Kepulihan (1)
Berikut merupakan diantara beberapa buah filem antarabangsa mengenai masalah penagihan bahan (dadah dan alkohol) serta pemulihan dadah yang boleh ditonton untuk dijadikan inspirasi mahupun sebagai ingatan kepada kita tentang bahaya penagihan dadah. Amaran khusus kepada semua bahawa beberapa gambaran dalam filem ini amat grafik dan boleh menjadi potensi penyebab kepada relapse . Cuba elakkan sekiranya anda tidak mempunyai kekuatan atau masih baru dalam kepulihan atau disyorkan menonton dengan bimbingan atau sokongan ahli keluarga atau rakan yang telah pulih. Affliction (1997) Affliction mengisahkan Wade Whitehouse, seorang anggota polis di bandar kecil di New Hampshire. Terpisah daripada orang di sekelilingnya, termasuk seorang bapa yang mendominasi dan isteri yang diceraikan, dia menjadi taksub dengan penyelesaian kemalangan maut semasa memburu, yang membawa kepada satu siri peristiwa tragis. Ba...